Tertekannya Wei – 11:37 AM

Tertekannya Wei

Mak aku suka bandingkan aku dgn orang lain. Aku tak suka, tapi aku mampu berdiam diri. Aku pendam dalam hati. Tapi lama2 aku terasa sangat down, dan sampai 1 tahap aku sendiri labelkan diri aku 'anak tak guna'.

Aku solat, aku percaya Allah. Tapi bila mak aku buat mcm tu, aku rasa sedih. Aku berharap mak faham situasi aku. Aku seorang yang kurang keyakinan diri. Aku mewarisi dari mak aku. Dulu mak aku selalu mengadu kat aku, dia tak yakin nak jumpa orang, bercakap dengan orang, tak yakin nak buat sesuatu..bila aku dalam dilema yang sama, aku berharap sangat mak akan faham. Tapi rupanya tak.

Mak sentiasa perli aku. Aku faham tapi aku diam. Aku tetap layan mak aku walaupun dalam hati aku dah menjeruk rasa. Antara perli dia, Siti Nurhaliza tu kalau tak keluar dari Lipis mesti dia tak jadi penyanyi n berjaya, mesti tak jumpa Dato K and kahwin, hidup senang dah tak susah mcm dulu. Aku faham mak mana taknak anak dia berjaya. Aku dah apply kerja tapi rezeki aku mcm berat je. Aku banyak kali juga apply keje guna spm walaupun aku ada degree. Tapi tak dpt. Walaupun aku letak spm je dlm resume. Pernah juga aku mintak keje kerani kat syarikat insurans. Tak dpt. Tup2 ada sorang kenalan bagitahu aku yang dia dpt offer keje kat situ dan kena masuk a.s.a.p…aku tanya dia pegi iv ke? Dia cakap tak, tapi ada org dalam syarikat tu yg offer dia keje. Faham kan maksud aku. Keje kat company secoet pun kadang2 ada isu kabel. Hurm.

Baru ni kawan aku dtg rumah. MAk aku cakap kawan aku tu bagus ye, badan kecik tapi cekap. Bawak motor pun laju je. Orang kecil2 ni memang cekap. Aku diam lagi. Sebab aku badan besar tetiba aku rasa seolah2 mak aku tengah mengata aku. Hehe. Sebelum aku naik geram, aku lari basuh baju. Huhu. Sedihnya rasa, nak2 pulak kawan aku tu dtg bagi tudung handmade dari dia(baca:free), lagi2 la aku rasa aku tak guna. Tudung pun orang bagi.

Aku ada masalah transport nak ke kerja. Sape yang tinggal di bandar kecil akan faham limitation public transport. Ayah aku cakap keje usaha sendiri, bukan aku tak pernah keje. Cuma dulu kitorang stay kat bandar besar, balik 10malam pun takde masalah sebab public transport banyak. Semua tuju ke rumah aku. Tinggal pilih je nak naik mana. Aku ada lesen tp takde vehicle. Aku malas nak guna ayah punya, sebab ayah aku suka berbunyi. AKu pulak tak cekap, kalau jadi apa2 memang dia bising and tarik muka tak bercakap dgn aku. Aku tau perangai ayah aku. So aku taknak kacau barang dia. Tapi tu la, transport problem still tak dpt solve. Keja yg ada transport memerlukan aku pakai uniform, bukan memilih tapi kurang sesuai sebab aku..hurm..pakai tudung agak labuh..orang takkan faham..

Sekarang ni aku berusaha cari keje yang boleh balik siang hari. Incase kalau kena jalan kaki aku takde masalah. Tapi tula, limitation. Nak berhijrah takde sesapa. Kalau ada pun bukan orang nak pelawa. Diam lagi ada. Aku harap aku dapat keje. Stress sebenarnya, tapi aku pura2 rilek je. Dalam hati rasa nak jauhkan diri dari semua orang. Skrg aku percaya, takde sape boleh faham masalah kita. Dalam kes aku, termasuk family sendiri.

– Kim

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *