Nasihat utk lelaki
Dengar ye lelaki sekalian, bakal suami, bakal ayah2 sekalian… Nak tegaskan dekat sini, kerja mengemas rumah bukan kerja org perempuan!! Tu kerja kita sama sama, baik suami isteri anak anak… Sgt kejam bila semua kerja mengemas rumah, basuh kain jemur kain lipat kain masak sapu menyapu tu semua dibuat oleh isteri dan anak perempuan sahaja, tak rasa kesian ke? Perempuan ni lemah,lembek,cengeng, ada pulak org yg lemah ni duk panjat tangga tinggi2 utk bersihkan kipas, bersihkan sawang, tebas semak samun.. Tak kejam ke???
Cerita nya mcm ni, ayah aku, dia menganggap semua kerja rumah tu kerja perempuan, makanya, dia tak pernah LANGSYNG kemas rumah, semua mak aku yg kena buat, kalau aku cuti, aku lah yg kena buat… Tak pernah langsung menolong.. Dah lah tak bagi mak aku nafkah pun, mengharap mak aku buat kerja, siapkan tempahan kuih, pukul 4 pagi dah bangun… Siapkan anak gi sekolah lagi… Dia membuta sampai tghari… Aku rasa tak patut weh sgt tak patut… Benda ni dr aku kecik lagi sampai aku dah u.. Prinsip dia kerja rumah bukan kerja org lelaki.. So, anak2 jantan dia semua mcm tu, dah lah aku anak sorang perempuan, anak laki berderet… Bygkan betapa sepahnya rumah aku tu… Bila aku merungut kemas rumah dia menyindir ckp baru buat kerja sikit dah merungut… Dia? Ada pernah buat kerja? Aku mmg malas nk bertegur sapa dah ngan ayah aku ni, dia tanya sepatah aku jwb sepatah… Tau derhaka.. Tp dia sendiri mcm tu… Menyampah aku, kesian kat mak aku, berpuluh tahun duk makan hati macam tu… Ambik kau panjang aku bebel… So korang yg lelaki ni, nnti dah kawen, behave okay, tolong bini kemas rumah sekali… Yg bujang2 ni pi tolong mak kau sidai kain sana… Doakan lah aku dapat lelaki yg rajin kemas rumah… Adios
– Perempuan