Maafkan saya
Aku sedih dengan diri aku.
Aku bagaikan hilang arah tuju.
Aku pelajar IPTA yang ternama di Malaysia.
Setiap kali orang dengar nama jurusan dan nama universiti aku semua orang akan kagum dan anggap aku sebagai budak pandai.
Ditambah lagi,pelajaran aku ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.Aku budak tajaan JPA
Tapi semenjak aku masuk IPTA keputusan pembelajaran aku tak memberansangkan sehinggakan in shaa allah aku tak dapat konvo sekali dengan rakan-rakan satu batch dengan aku sebab banyak subjek yang aku kena ulang dan subjek yang belum aku ambil.
Sejak aku masuk IPTA aku bagaikan hilang semangat nak belajar.Aku tak tahu apa yang aku nak.Tapi satu ja yang aku tahu,aku nak buat something untuk ummah.Maafkan sis adik adik yang baru nak masuk IPTA sebab orang orang macam akak yang tak hargai biasiswa kami ni lah,adik adik terima impak tiada tajaan lagi dah dari kerajaan.In shaa Allah akak akan usaha sebaik mungkin agar pada masa hadapan akak pulak yang dapat taja adik adik untuk melanjutkan pengajian..In shaa Allah..Doakan saya agar di kurniakan hati yang tetap dan dibukakan hijab untuk menuntut ilmu bersungguh sungguh agar dapat berbakti pada ummah.Saya mohon please!!Saya lemah sekarang.Saya dah tak kuat untuk melangkah lagi di IPTA ini.Saya ingin terbang
– Cik Layu