Rezeki Ramadhan

Rezeki Ramadan

Assalamualaikum kepada semua pembaca semog berada dalam rahmat Allah selalu. Aku baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Ijazah bidang Psikologi dan sedang menunggu hari Konvokesyen bulan 9 ni. Aku anak tunggal perempuan dari tiga beradik. Ni merupakan pengalaman aku sendiri. Sementara menunggu panggilan kerja, aku nak kerja kat butik lama aku sebab bulan puasa ni butik tempat aku kerja dulu panggil untuk bekerja. Walaupun gaji rm 9** bulanan tu dah cukup besar nilainya bagi aku. Biasalah nak Raya suasana manusia membeli belah ni lain macam. Tapi makpak aku tak bagi. Katanya balik lewat malam. Biasalah mall beroperasi 10 pagi sampai 10 malam. Nak dekat raya kadang jejak ke 1 pagi baru abis keje. Aku akur. Mesti ada sebabnya. Jadi aku duduk lah rumah tolong makpak aku apa yang patut. Aku masak untuk berbuka. Aku kemas umah. Yelah makpak aku kerja dah penat2 tak kan aku duduk rumah scroll facebook semata2. Atleast bila makpak aku balik kerja tengok rumah cantik tersusun rapi hilanglah penat diaorang.

Bulan mulia ni aku dah plan daripada duduk saja kat rumah baik aku pergi Terawih. Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat Terawih. Bukan nak riak aku nak beritahu ni lah sebab kenapa makpak aku tak bagi kerja. Aku dapat mendekatkan diri kepada Pencipta. Dan aku cuba istiqamah. Kau tahu felling dia macam mana ? Tenang weyh. Perasaan ni tak dapat nak digambarkan dan aku tak dapat nak terangkan kat korang macam mana. Bile kita dekatkan diri dengan Dia korang rasa lah sendiri.

Aku ni jenis tak boleh duduk diam. Ada je benda nk buat. Aku tawarkan diri cat rumah. Kau rasa ? Aku pon cat rumah sehari sebelum puasa. Nasib rumah kecik je. Bayangkan la weyh duk panjat tangga bersusah payah aku buat sesorang. Esoknya pak aku hulur duit rm 100. Katanya upah cat. Fuhh nak meleleh air mata dapat duit yg bagi aku nilainya agak besar. Rezeki beb.

Lepas tu aku buat bisness online. Aku post kadang2 je kt instagram dengan facebook kalau rajin. Tak semena2 ada customer tanya. Padahal aku tak kenal dia pon. Dia nak beli produk aku. Wahhh. Rezeki apakah ini ? Syukur aku. Dan selepas tu berduyun customer whatsapp aku nak beli ni beli tu. Ya Allah. Rezeki lagi. Aku cakap dalam hati. Ni mesti berkat dengar cakap makpak aku tak bagi aku kerja tapi dapat rezeki tanpa disangka2.

Tak habis disitu, walaupun aku belum berduit aku still bagi makpak aku hasil bisness online aku. Walaupun nilainya kecil bagi diaorang tapi aku cuba sedaya mampu. Esoknya aku dapat rezeki customer oder kuih raya. Berdesup2. Ya Allah aku sangat bersyukur pada mu. Nampak tak Allah bagi cash walaupun apa yang aku bagi tu tak seberapa. Berkat bahagiakan orang tua. Dan aku sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada.

Kalau tahun sesudah kuih raya mesti beli tapi tahun ni aku usaha nk buat n mak aku. Aku cakap kat mak aku “kak kat rumah takde buat apa, boleh lah buat kuih raya”. Mak aku pon setuju beli barang2 kuih siap. Setakat ni baru dapat dua jenis. Kau tahu apa ? Baru2 ni aku join program dapat dua jenis kuih raya lagi beb. Tu belum masuk jiran aku bagi kuih raya sebab mak aku ni jenis suka anta juadah berbuka kat rumah jiran kalau ada lebih. Rezeki ramadan sesungguhnya. Aku cuma nak cakap banyak kita memberi banyak lah kita dapat. Lagi2 di bulan yang mulia ni.

Dan sekarang aku rasa sedih sebab Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Sayu aku. Mana tahu ni Ramadan terakhir aku. Aku dapat merasakan kemanisan bulan mulia ni. Aku cuba istiqamah dan dapat rasakan ketenangan nya. Jadilah kita hamba yang bersyukur dan kita akan rasa cukup sentiasa. Doakan aku dapat kerja ye kengkawan sebab dah tiba masa aku nak berbakti pada makpak aku selain hutang PTPTN dah menunggu. Aku doakan korang semoga dimurahkan rezeki dan dicukupkan dalam segala hal.

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit