Bidang Kurang Peluang Pekerjaan

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sebab published post ni.

Saya terpanggil untuk menjawab confession tentang Optometri tu.

Saya seorang graduan. Bidang Biology. Saya dah graduate 6 tahun lepas. Awal 3 tahun pertama, saya kerja bidang saya. Duduk lab buat research dan juga lab medical. Lepas saya berhenti kerja yang kedua, saya tak dapat kerja bidang saya. Maknanya dah 3 tahun saya kerja bidang lain.

Mula-mula tukar bidang, saya bermula dengan jawatan kerani sebab apply jawatan exec tak dapat. Tiada pengalaman. Jadi saya kena mula dari bawah. Lepas 3 bulan probation period, saya dapat confirmation and promotion. Dari kerani kepada exec. Walaupun bukan bidang saya, tapi manager saya sangat berpuas hati dengan kerja saya. Dia kata tak sesuai saya jadi kerani.

Dan sekarang, saya dah agak bosan dalam line ni iaitu buat kerja office. Sebab sebenarnya saya minat duduk lab buat research. Saya tak berapa suka buat kerja yang repetitive. Tapi sebab saya apply kerja bidang saya semua kena reject, alasan majikan not suitable, atau dah 3 tahun tak kerja bidang biology, jadi saya sambung masters, dengan harapan dapat meningkatkan possibility saya diambil bekerja oleh bakal majikan.

Point is, rezeki ada di mana-mana. Memang betul, graduan bidang sains (biology related) sangat sukar nak land a job. Tak tipu. Kalau tujuan belajar degree untuk dapatkan kerja, belajar bidang engineering, accounting, business admin atau sains komputer(mungkin ada bidang lain yang saya tak tau). InsyaAllah mudah sangat untuk dapatkan kerja. Kalau tak caya, cuba tengok kat jobstreet tu, job vacancies banyak bidang mana.

Kalau dah tersalah bidang, positif aje. Kadang-kadang sebab kita terlalu negatif dengan hidup kita, sebab tu kita stuck kat situ bertahun lamanya. Gaji tak naik. Pangkat pun tak naik.

Kan ALLAH kata, If you are grateful, I will give you more. Jadi kalau tak reti bersyukur, memang sempitlah rezeki kita.

Masa saya menganggur beberapa bulan, tak dinafikan saya sangat negatif. Menyesal ambil degree biology. Dah lah gaji sangat kecil. Basic salary rm1.5k sahaja with experience tau. Sedangkan budak engineer yang graduate setahun lepas saya, dengan tiada pengalaman kerja, basic dah boleh cecah 2.5k waktu tu. Lama jugak saya negatif. Until one day, someone tegur saya sebab asyik mengeluh.

Conclusion :

1. Jangan mengeluh. Memang takkan kemana kalau asyik mengeluh.

2. Bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Walaupun bukan bidang awak, tapi kerja lah sungguh-sungguh dengan ikhlas. Bos tengok kesungguhan awak tu terus dia offer naik pangkat dan gaji. InsyaAllah.

3. Usaha dan berani. Kalau rasa stuck, tak boleh pergi jauh dalam career sekarang, take a bold step untuk buat sesuatu seperti ambil degree bidang lain. Kalau tak boleh commit full time sebab nak bekerja, banyak university offer part time degree. Atau ambil masters bidang berkaitan, tak semestinya masters sama dengan degree. And you know what, masters pun ada part time. It is never too late.

3. Positif. Positif bahawa sesuatu yang baik akan datang dalam hidup anda. Don’t underestimate the power of mind. Orang yang tiada penyakit pun boleh ada penyakit sebab fikirannya. Orang yang berpenyakit pun boleh sembuh sebab fikirannya.

4. Let go of the past. Yang dah lepas tu lepaskan aje. Tak perlu menyesal. Yang penting adalah harini dan masa depan. Fikirkan cara untuk ubah masa depan anda and work hard towards it.

5. Sentiasa bertaubat, bersyukur dan berdoa pada ALLAH. Bertaubat sebab kita ni tak lari dari dosa. Dan dosa merupakan salah satu penyebab doa tak dimakbulkan. Ultimately, ALLAH jualah yang berkuasa untuk turnover hidup kita samada dengan usaha kita atau tanpa usaha kita. Bergantunglah pada ALLAH 100%. Mohon petunjuk dari-Nya.

Semoga bermanfaat.

– Positif je

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit