Kisah Anak sulung
Assalamualaikum.
Aku anak sulung daripada 4 beradik. Priority aku semestinya pada keluarga. Keluarga aku bukan keluarga yang kaya. Alhamdulillah still cukup pakai makan semua. Masih mampu la kalau kawan ajak gi kedai hipsturturtur skali skala.
Tau x betapa susahnya jadi anak sulung ni? Banyak kau kene korbankan. Banyak tanggungjawab kene pikul. Aku rasa siapa anak sukung kat sini mesti paham perasaan aku. Dulu masa aku kecik2 xde adik lagi or even ada adik tapi kecik2 lagi, aku xde kawan nak main badminton sama2. Lepastu bila masuk skolah sampaila habis skola menengah, keje utama aku adalah gosok baju satu family sebakul drpd baju mak ayah sampaila baju skola adik2 aku. Dalam study plak, ofkos la as anak sulung, aku kene skor hebat. Nak skor hebat bukan sahaja nak jadi contoh yang baik buat adik2, tapi kau nak pastikan masa depan kau cerah. Belajar pandai2 lepastu dapat keje bagus and bole sara balik keluarga kau. Ibubapa aku dua2 dah berumur lebih setengah abad tapi masih kerja lagi. Kesian tau tak kesian. Jadi, sekarang ni aku xsabar nak grad and cari kerja gaji tinggi supaya ibubapa aku bole berhenti kerja dan duduk rumah je. Pastu kau nak beli rumah yg selesa untuk diorg dan hantar diorg ke Mekah utk mnunaikan haji.
Bukan tu je, kau pon xbole nak pikirkan pasal perasaan sangat. Memang xdpt dinafikan aku jeles tgk kawan aku da ditakdim dan ada yang da kahwin. Tapi percayalah, anak sulung macam aku ni bila fikir pasal perasaan dan kahwin, angan2 aku akan trbantut bila fikir aku kene kerja dulu bantu ibubapa. Yelakan kalau dah kawin nanti ko nak mengandung. Duit gaji kau nak guna untuk sara kehidupan baru kau. Cukup ke nak sara ibubapa kau lagi kalau da ada family sendiri? Kadang2 aku rasa aku akan kawin bila adik2 aku kawin. Tapi bila fikir balik, By that time memang aku mereput sorang2 je la sbb da tua. Aku ada dengar bakal mak mertua xsuka menantu tua sebab kononnya xbole nak dpt anak nanti. Lells.
Dari segi adik2 plak, untuk aku, adik2 aku walaupon da besar, tapi diorg still baby dimata aku. Bagi aku, diorg masih perlukan kak long dia untuk protect dia daripada kekejaman dunia ni. Dulu masa aku kecik2 skola rendah ke menegah, ada kes pembunuhan kejam adik nurin jazlin kan? Masa tu aku nangis sorg2 memalam tringat kat adik2 aku yg kecik2 tu. Aku bersumpah kalau ada apa2 terjadi kat adik2 aku, aku xakan maafkan diri aku selamanya. Aku takut sangat kalau trjadi apa2 kat diorg.
Dari segi karakter plak, aku seorang kakak yang garang dan hati batu. Sbb aku rasa as anak sulung, aku kene protect adik2 aku. Hati kene sado, jiwa kene kental. Jadi aku membesar sebagai kak long kawasan yang garang, tegas dan menakutkan. Bukan sahaja ditakuti perempuan, tapi ada juga lelaki yang takut. Tu yang sampai sekarang 20 tahun hidup ni, masih xde lelaki yang dapat conquer hati aku. Semua xberani nak rapat. Uishh tapi bunyi macam menakutkan kan. Tapi xde la sampai garang gila. Ada masa aku bergurau, bergelak ketawa juga. Tapi bab2 kerja atau bnda penting, aku memang serius. Tapi tak semua anak sulung macam ni. Aku ada je jumpa anak sukung yang lemah lembut dll.
Dan tipulah kalau kata hati aku ni xtisu. Aku menangis jugak, tapi hanya Allah sahaja yang tahu kot. Aku bukan menangis depan orang. Aku xpergi bilik rumate aku atau canang kat orang masa nangis tu. Aku nangis sorang2 tanpa bunyi. Tu pon kalau stress sangat la kot. Aku ni perahsia. Kat sini je aku confess sbb korg bukan tau pon aku siapa kan?
Jadi, conclusionnya, korang2 yang bukan anak sulung tu, hargai lah kak long korang. Mungkin diorg tak tunjuk sayang diorg kat kau, tapi percayalah diorg sentiasa risaukan korang. Banyak benda yang kak long da korbankan. Apa kata lepas habis baca ni, share and tag kak long korg. Cakap I Love U, Kak Long.
Thanks sudi membaca.
Maaf salah silap.
– Kak Long Kawasan