Pengaruh Guru – 1:58 AM

Pengaruh Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sewaktu berlangsungnya Anugerah Juara Lagu saya tertanya-tanya adakah guru-guru sekarang (tidak semua) di sekolah kita memberi pengaruh yang bagus. Ya, bunyinya agak provokatif tapi mohon anda semua baca sampai habis.

Ia bermula sewaktu salah satu persembahan ditayangkan dan secara tiba-tiba adik saya turut menyanyi bersama. Lagu itu secara lirik dan melodinya agak tidak memberi contoh yang baik kepada generasi sekarang. Maka, saya pun tegur adik saya dan suruh dia berhenti. Kemudiannya, selepas beberapa perbualan, dia beritahu yang cikgu disekolahnya yang memperkenalkan lagu itu melalui suatu program sukan di sekolahnya.

Mungkin ini tidak cukup untuk saya jadikan sebagai hujah. Benar, dia ada juga terpengaruh dengan rakan-rakannya. Namun, bila saya ingatkan semula mengenai perkembangan sekolah adik saya ini. Adik saya banyak juga didedahkan dengan hiburan2 berunsurkan nagatif ini di sekolahnya. Sebagai contoh, lagu-lagu K-Pop untuk persembahan sekolah, Lagu2 Bollywood untuk hari guru dan lain-lain lagi.

Pada zaman sekolah saya pun dulu ada semua benda ini tetapi kekurangan teknologi menyebabkan saya tidak begitu mudah terdedah dengan perkara ini. Apa yang dipersembahkan guru2 juga tidaklah sebanyak ini juga. Zaman sekarang dengan teknologi yang sememangnya betul2 di hujung jari benar2 buatkan saya takut dengan pendedahan yang diberikan oleh cikgu2 ini. Apa yang mereka dengar di sekolah, mereka cari di rumah sewaktu keluarga tiada atau dengan kawan2nya. Mungkin orang boleh cakap ia "sekadar lagu" tetapi adakah video dan liriknya tidak boleh memberi kesan. Risau sungguh saya.

Saya tidak mahu masuk campurkan dengan apa yang dibuat oleh anak2 di laman sosial kerana itu tanggungjawab keluarga sepenuhnya untuk memberi didikan tetapi di sekolah apalah saya tahu apa yg mereka lakukan.

Cikgu2 di sekolah kini ada yang hipster2, famous di laman sosial dan sebagainya. Saya mohon bagi cikgu2 begini, simpanlah benda itu untuk sendiri2 saje. Jangan dipasang, dimainkan atau diceritakan di sekolah. Semua itu tidak bernas langsung untuk dikongsingkan. Risau saya bila adik saya menari2 dengan lagu2 ini dan bila ditanya, untuk persembahan sekolah dan sebagainya.

Saya tahu bukan semua cikgu macam ni. Kalau semua macam ni habislah anak2. haha. Sejujurnya, bagi saya kalau lawak di internet tentang orang2 dewasa ni nak pergi sekolah balik sebab cikgu2 makin lawa/hensem tu langsung tak best. Saya berada dimana saya sekarang semuanya atas jasa cikgu2 yang garang, tua, old school dan sebagainya. Cikgu2 yang keje nak melaram tu langsung saya tak dapat apa2. hehe.

Terima kasih cikgu2 old school! Sayang cikgu! :D

– Abdul

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *