Semua orang cantik
Assalamualaikum adik-adik abam.
Abam terpanggil untuk tulis di sini selepas melihat confession adik-adik yang merasakan adik tak cantik disebabkan adik berkulit gelap ataupun berjerawat. Adik-adik, abam tak nafikan sebagai lelaki, lelaki selalu tertarik kepada keindahan. Di tambah lagi iklan-iklan tv yang promote produk pemutihan kulit,produk kuriskan badan, secara tak langsung telah memberi idea kepada masyarakat bahawa cantik itu kurus dan putih.
Abam berkulit sawo matang. Isteri abam kulit putih. Abam ingat lagi masa abam bercinta dengan isteri abam, isteri abam selalu tak ada confident. Dia selalu rasa diri dia tak cantik sebab dia berjerawat dan gemuk. Tapi, bagi abam dia cantik.
Abam tak pernah rasa jerawat dia tu menggelikan ke apa. Abam rasa lagi comel adalah sebab muka dia merah-merah. Haha. Dulu abam selalu juga teman dia pergi beli barang skincare dia. Abam tak pernah tegur kalau jerawat dia tumbuh. Abam tak mahu isteri abam rasa rendah diri. Abam selalu cakap dia cantik. Sebab bagi abam dia memang cantik. Alhamdulillah, sekarang muka isteri abam licin dah. Dia happy abam pun happy.
Soal gemuk tu adik-adik jangan bimbang. Gemuk boleh kurus. Abam selalu teman isteri abam bersenam. Tak kira lah outdoor ke indoor ke. Abam nak dia bersemangat. Secara tak langsung abam pun makin fit. Haha.
Point abam kat sini, semua orang cantik. Yang penting, adik-adik kena ada self confidence. Kadang-kadang lelaki ni dia jatuh cinta atau minat seseorang tu bukan sebab rupa sangat pun. Macam abam dulu, abam minat wife abam sebab suara dia. Masa pertama kali abam dengar suara dia, abam tau she's the one. Haha. Okay tak lawak.
Tak semua orang sama citarasa, dik. Yang penting adik-adik kena confident. Akan ada orang diluar sana yang rasa adik cantik. Yang penting dalaman, dik. Doa banyak-banyak. Orang lain pun kena mainkan peranan juga. Jangan rasa bila kita cantik atau handsome, dengan mudah je kita merendah-rendahkan orang. We never know what happens in the future. Entah-entah orang yang kita kutuk tu lebih elok dari diri kita. Always be good to each other, my fellow brothers and sisters. Remember that.
– Abam alumni