Kucing – 4:47 PM

Kucing

Assalamualaikum semua.. Aku just nak cite pasal kucing kat rumah

Meowwww..meowwwww.."ah kucing mana pulak datang tak berjemput ni" Seekor kucing berwarna putih datang menghampiri aku pastu menggeselkan kepala dia kt kaki aku. Aku ni bila tengok si kucing duk gesel2, automatik aku assume "konfem nak makanan la tu". Terus aku pergi ambil seketul ayam atas meja makan .
Mula2 aku benda ni jadi, aku rasa ok la lagi. "alah,setakat seketul je pun, bukannya banyak"

Tapi, benda ni terus berlarutan sampai aku jadi stress sebab si kucing ni dah jadi penghuni tetap plak kat umah aku .Nature kucing, bila kita buat baik dengan dia, dia akan melekat dengan kita .Setiap kali aku nak pergi dapur je, konfem laju je mengikut, pastu duk meowwwww, gesel2 kepala kat kaki. Rimas weii..Aku jadi menyampah sampai terdetik dalam hati " eh kucing ni , tak reti2 nk cari makanan kat rumah orang lain ke, kau ingat aku ni keje cop makanan eh? .. pffff"

Korang mesti rasa aku ni tak ikhlas bg mknn kt kucing kann. Yup. Aku jadi tak ikhlas bila benda tu berterusan. Mula2 boleh la nak ikhlas. Aku cuba muhasabah diri, "dengan kucing pun aku nak berkira ke? Kalau manusia y selalu mintak tolong, konfem aku rasa lg menyampah".
Kenapa aku cakap kalau dengan manusia y selalu mintak tolong ni kita lagi cepat menyampah? Sebab kita fikir manusia ni boleh berfikir ,boleh berdikari ,kenapa nak kena selalu minta tolong dengan kita ..Stat from that aku fikir, dekat uni selalu je ada kawan2 y mintak tolong dalam pelajaran sampai satu point aku jadi menyampah dan terdetik dalam hati "korang ni dah takde orang ke nak mintak tolong, asyik aku je"
Allahu.. Susah rupanya nak ikhlaskan diri ni .

Hari ini Allah hantar kucing je untuk uji tahap keikhlasan aku. Kalau dalam game ni, baru stage satu dah tak lepas, nak masuk stage y lepas tu memang tak dapat la… Dengan kucing pun kita disuruh berbuat baik, dengan manusia? Selamat beramal dgn ikhlas =)

– KU-Cheng

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *