tawar hati – 7:07 PM

tawar hati

tawar hati (sambungan..)

thanks korang yg komen support aku.. moga tiada yg senasib seperti aku, aku doa korang bahagia..

sekarang aku still single n available. aku dh patah hati nak berpartner. masih dlm trauma utk berumahtangga. ada yg tny parents aku tak rasa bersalah ke pasal perkahwinan aku yg gagal ni, aku takde jwpnya, sbb aku tak bole bca fikiran dorang. cuma bila aku decide nk kerja oversea, parents aku yg berdoa siang mlm, aku rasa dorang thu aku stress ddk mlsia, mana ada parents yg nk berjauhan dgn anaknya. nak2, aku ni lg tak pernah berpisah dgn dorang.
masa aku buat umrah pertama aku, aku nampak kaabah, aku terus doa, supaya pintu hati aku ditutup dan tertutup buat selama lamanya. aku mmg terlalu kecewa. ramai yg mintak aku tarik balik doa aku tu, tp aku taknak dan biarkan. sbb lepas aku diceraikan, aku anggap jodoh aku dh lama mati atau mungkin sblm aku dilahirkan lg. aku mmg patah hati. aku takut aku akan kecewa lg. hati yg terluka ni tak mampu lg diubat dan tiada ubat. perasaan cinta dh lama mati dan tak akan wujud selama lamanye. aku tak percaya pd cinta. sbb aku tak pernah rasa perasaan mcm mana org sdg bercinta. masa seminggu lepas kitaorg nikah, dia n family dia pergi bercuti, tinggalkan aku sorang2. klau korang kat tmpat aku, apa korang buat. umm, aku pompuan biasa je, takda ape yg istimewa dimata dia, mmg tak terkata la sedihnya. fine. noktah.
ya mmg, aku tak pernah dgr dia ckp dia cinta kat aku atau syg kat aku dr hari pertama aku dinikahi. aku hny diperlukan sekadar atas katil. dia hanya anggap aku ni sgt menyusahkan hidup dia.
bukan milik aku utk rasa nikmat kebahagiaan. aku ingat lg, masa tu aku tgh mengandung, aku ddk sebelah dia, aku sandar kepala aku kat bahu dia, konon2, nk feeling2 romantic, peh, dia terus tolak kepala aku. aku mmg berkecil hati, tp dia tak amik kesah pn, aku diam je, dia pn buat tak reti je, mcm takda apa2 yg berlaku. nasib la aku ni bukan jenis perempuan yg mengidam mcm2. tp klau aku mengidam pn, dia bukanya dia amik kesah pn. cuma bila aku nk pujuk hati atau merajuk dgn dia, aku akan lari ke masjid, termenung sorang2, mencari ntah la aku pn tak tahu aku cari apa. dia takkan cari aku. aku akn ddk kt surau atau masjid smpai hati aku sejuk sendiri, bru aku akn balik ke rumah.
aku rasa hidup aku sgt kosong, nak2 aku hanya sendirian di perantauan. korang doakan aku kuat sendirian disini, actlly Allah dh ringankan sedikit bebanan aku, Dia bg aku kerja dkt dgn Dia iaitu dkt dgn Al Haram, supaya aku boleh slalu dtg dkt Dia dan bercerita dgn Dia.
sape taknak rasa nikmat bahagia, seriusly tipu la klau aku ckp aku tak teringin, dh lama aku teringin nk rasa bahagia mcm korang, tp aku mmg sentiasa akan ingat perkara yg lepas jd kat aku. aku takut. maklumlah, talak bukan kat tgn aku. aku ada je membe2 rekemenkan, bila mula dh kawan, aku plak jd serabut dgn dorang ni. sebok, konon nk amik berat, tp sgt menjengkelkan. asyik tny, bila nk blik mlsia la, bila nk kerja kt mlsia la, ntah ape2 ntah. aku klau boleh taknak dh blik mlsia, klau tak mengenangkan aku masih ada anak and parents. dorang ingat senang ke aku nk bangun dr zaman kejatuhan aku. bertahun aku doa, nk kluar dr mlsia, membawa hati aku, amik keputusan tinggalkan family and anak aku. dorang apa thu, derita yg aku alami selama ni.
betul ke org ckp, aku takda la ckp aku ni baik. klau kita baik, kita dpt psangan yg berlawan dgn kita, dan sebaliknya. habis tu klau aku dpt yg mcm sebelum ni, adoi, menjanda lg la aku nmpaknya. nauzubillah, baik tak payah kawen, full stop. senang cite, aku dh mlas nk pk relationship. bg aku la.. relationship its very complicated, buat semak kepala je. skrg just nk concentrate built a strong relationship (love n trust) with HIM, Allah.

#sory la aku bukan budak sastera, ayat tunggang langgang, byk sgt kenangan pahit mengimbau kembali, tu la main pakai tulis je, moga jd pengajaran utk aku#

– bahagia bukan milik aku

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *