aku nak jadi baik
assalamualaikum.
ada sedikit perkongsian yang aku nak ceritakan. aku selalu dengar perkataan istidraj. dan aku rasa aku dah kena hukuman istidraj tu. aku jenis liat nak solat.. malas baca alQuran.. ingat Allah time perlu.. kaki buat dosa.. selalu ada rasa iri hati dengan kejayaan org sekeliling. suka simpan dendam. hati mati kot. tapi aku selalu berjaya dalam pelajaran. cumanya part rezeki kerja dan duit nie aku susah sikit.
baru-baru nie aku ada kena ambik exam. mcm biasa sebelum2 tu solat aku buat time aku rasa nak buat je. tapi masa nak exam.. aku jd berat hati nk berdoa utk dimudahkan. selalunya tiap kali aku nk ngadap peristiwa besar2 nie aku ingat Tuhan lebih.. aku solat.. aku baca alQuran.. aku berdoa.. tapi kali nie aku rasa hina sangat bila nak berdoa. aku rasa mcm xlayak nak berdoa sbb selama nie aku lupakan DIA. aku solat mcm biasa.. dan aku mintak family aku doakan aku. aku mintak mak aku, ayah aku, adik2 aku, tok aku, mak2 sedara yang rapat dgn aku utk doakan aku.. habis je exam aku give up sbb hampir separuh aku x dapat jawab. aku ckp dkt mak aku.. nie sah2 gagal nie sbb blank gila masa jawab soalan.. mak aku ckp, xpe.. tawakal. mana tau ada rezeki.
dan seminggu kebelakangan nie.. aku selalu bagi burung makan. dengan niat nak habiskan je makanan yg ada takut xpired kang rugi plak.. sampaikan tiap kali aku bukak je tingkap dah ada 4-4 ekor burung dah tunggu. adalah 2-3x aku ckp dkt burung tu.. doakan aku murah rezeki. doakan aku supaya istiqamah pulang ke jalan yang benar. doakan aku supaya tak tinggal solat.
hari nie.. aku dapat keputusan exam. terkejut dan mcm xnak percaya. aku berjaya. memang aku xpect pun aku akan berjaya. aku dah pk mcm2 kenapa aku berjaya? kenapa aku tak gagal je? ke semua org yg amek exam tu akan lulus? then, tetiba terlintas kat kepala aku.. 'doa.'
tok aku selalu ckp yang dia hari2 doakan aku. makcik aku yg jaga aku dari kecik pun 2 hari lepas dia whatsapp aku tanya result exam sbb dia kata dia doa dah dimudahkan.. mak aku lagilah.. dia yg xtra neves kalau aku nk hadap benda2 penting nie.
tadi lepas solat aku baca alQuran. ada terjemahan dia sekali. yaAllah, Tuhan je tahu takut nya hati aku sebab aku rasa berdosa sangat. aku takut mati sebab nanti mesti masuk neraka.
tapi tiap kali aku nak taubat, even nangis2 xnak ulang.. sampai satu part aku akan lupa dan buat balik bnda yang sama.
mcm mana ea aku nak baiki diri aku? ke memang hati aku nie dah jd hitam sampaikan Allah dah tutup pintu hati akuu dari terima rahmat & petunjuk dr DIA?
doakan aku semua. part exam tu.. setakat exam je. panjang lagi langkah nak berjaya. tapi kejayaan nie buat aku betul2 pikir. mungkin nie wake up call aku. doakan aku. aku nak jadi baik.
admin. please share.
– gadis_april.