Kenapa jemaah tabligh guna bhai?
Salam. Post ini sekadar persoalan. Tolong jangan kecam.
Umum tahu jemmah tabligh ni asal drpd Pakistan. Aktiviti tabligh ni dah bagus, mmg dipuji. Ketuk umah org ajak pegi masjid, Iman dan amal, taqlim dan sbgnya.. tp kenapa kena guna perkataan bhai? Adakah Jemaah tabligh ni nk mempakistan kita org melayu ni. Setelah dtg pak2 'ustad' yg cuba mengarabkan 'arabisasi' kita, kini Jemaah tabligh cuba pula mempakistankan 'pakistanisasi'. Bukankah, tujuan kita berdakwah utk mengajak org ke arah Islam, bukannya menukar seseorg drpd melayu kpd Arab atau Pakistan. Kita org melayu ni mudah terikut-ikut dgn cara luar sehingga kita hilang identiti kita. Adakah org melayu ni dah kering idea utk membawa uslub dakwahnya yg tersendiri? Bilakah pula masanya utk kaum melayu bangkit utk mengetuai gerakan dakwahnya yg tersendiri tanpa terikut-ikut dgn negara luar? Renung-renungkan dan selamat beramal..
– Kun Anta