Reply pemikiran manusia sekarang part 2
Assalamualaikum.
Terima kasih pada yang komen pada confession 'reply pemikiran manusia sekarang'.
Ada yang komen mengatakan tentang tabarruj alquran.
Secara jujurnya, masa sy taip confession tu, saya terlampau banyak berfikir sampai xperasan yang sy salah guna term. Maksud sebenar saya nk sampaikan ialah tadabbur alquran. Hmmm Allahu. Saya pun tak pernah dengar tabarruj alquran. Sungguh xperasan.
Maaf dan jazakillahu khayr kerana menegur.
Dan maaf kerana ketunggang terbalik ayat di confession tu sampai ada yang tak faham pulak. Maaf. Saya bab2 menulis ni fail sikit. Harap sedikit sebanyak sampai la mesej yg sy cuba sampaikan.
Dan minta maaf pada confessor 'pemikiran manusia sekarang' sekiranya saya salah meng'intepret' confession tu. Tanpa fikir panjang saya terus jump into conclusion, ampunkanlah saya. Pengajaran buat saya untuk lebih berhati2 lepas ni. InsyaAllah.
Sekiranya maki dan menggunakan hadis untuk kepuasan nafsu hujah semata2 maka perbuatan tu tersangat lah salah. Perkara macam ni jangan lah diambil mudah. Moga2 selepas ni kita akan lebih berhikmah dalam menyampaikan pendapat dan ilmu.
Apa yang boleh saya kata, yang mana baik, kita ambil. Yang mana buruk, kita tinggalkan.
Wallahualam.
Maaf pada ketelanjuran bahasa dan kesalah gunaan bahasa di setiap confession saya. Moga Allah rahmati pembaca2 sekalian :)
Yang baik itu dr Allah, yang salah itu dr kelemahan diri sy sendiri atas izin Allah.
InsyaAllah. Moga2 bermanfaat lah mana yang boleh dimanfaatkan.
Dan yang salah, mohon tegur supaya insyaAllah dapat saya perbaiki.
Jazakumullahu khayr. Maaf sekali lagi.
– Hamba Allah