Takut memasak
Terima kasih kak min sbb tolong postkan confession ni.
Aku anak perempuan sulong, usia 20 lebih. Baru-baru ni aku ada terbaca satu confession pasal seorang sis ni tak tahu masak. Sis,kita sama, tp cerita kita berbeza.
Ceritanya, aku takut nak memasak. Sebabnya, masa zaman kanak-kanak dulu, aku pernah menyaksikan suatu peristiwa yg bagi aku agak mengerikan. Ntah apa silapnya, belakang badan ayah aku jadi bertompok-tompok dan menggelembung akibat minyak meletup masa mak aku goreng ikan waktu tu. Bukan sikit weyh, BANYAK! Kebetulan pulak waktu tu abah cuma menutup aurat yg sepatutnya sahaja, yg bahagian belakang badan memang terdedah.
Sejak dari kejadian itu, aku takut nak memasak. Aku jadi fobia dgn minyak masak yg sedang panas dlm kuali, lagi-lagi kalau dah mula bunyi letup-letup tu. Tapi, bukan bermakna aku langsung-langsung tak jejak dapur memasak. Setakat tanak nasi, goreng telur, masak maggie, goreng fastfood tu, ok je. Tapi,lauk-lauk aku tak reti. Goreng telur tu pun aku acah-acah berani je. Kalau meletup dia mcm dahsyat sgt, aku sanggup berselubung satu badan guna selimut, tak pun lepas masukkan je dlm kuali, mmg aku lari dlm jarak 10 langkah. Takut tahu, takut?
Jadi, kalau sis/bro ada cara nak bagi hilang fobia minyak ni, cuba share dgn saya ni. Sedih jugak dgn diri sendiri sampai skrg tak reti memasak sbb takut. Huhu.
– Markonah