faham bahasa haiwan part 3 – 9:18 PM

faham bahasa haiwan part 3

maaf buat korang tertunggu2
banyak sangat halangan masa aku nak taip ni. kepada yg komen, korang tak berada di tempat aku. so please behave.

so, aku sambung.
lepas aizad call aku tu, aku termenung sensorang pikir ape sebenanye yg dah jadi kat aku nie?
mula2 kucing, ikan emas, kendian sugar glider pulak.
aku guling2 dalam selimut. sakit kepale aku pikir. tak kan laa aku dah gile kot!
so, aku decide utk cuba buat experimen. aku bukak tingkap bilik aku. dekat wayar tiang elektrik tu aku nampak 3 ekor burung gagak tengah bertenggek smbil buat bising.
aku perhati jerr dieorang.
mula2 memang aku dengar bunyik bising burung tu je. pastu ada seekor burung nie, yg paling kecik sekali pandang aku.
die pandang aku we! dan aku boleh rasa burung tu ckp kat aku,
" kenapa?"
" tak suka!"
dua perkataan nie je aku dengar. aku pun tak paham. lps tu burung 3 ekor tu terus terbang.

dan aku trus hantuk kepale aku kat dinding. pening kejap.
masa tu dah masuk waktu asar, aku solat dan aku doa..kenapa aku jadi mcm nie? ape yang Dia nak tunjuk kat aku?

aku bukak tv pulak. nk tgok kalau2 kat tv pun if aku pandang haiwan aku boleh dengar apa yg dia cakap. 1 jam aku depan tv. ok,hasilnya xde pape kesan kalau depan tv.

aku syak benda nie jadi setiap kali aku bertentang mata dengan haiwan.seolah2 ada ikatan yg membolehkan aku paham apa yg dieorang cakap dan rasa. padahal dieorg x bukak mulut pun.
benda nie masih baru lagi jadi kat aku.aku sendiri pun masih keliru. tak kan sebab kesan daripada aku eksiden hari tu?ade ke kes macam aku nie?

so aku ingat lepas baik aku punye luka nie, aku nak pergi zoo. banyak haiwan dan senang aku nk tgok, betul ke x otak aku nie…

kalau betul, tak tau laa nak cakp bertuah ker malang.. kalau orang lain masuk dunia jin, dunia fantasi bagai..aku masuk dunia haiwan laa nampaknya ..

tak tahu lah sampai bila benda nie akan jadi kat aku. doakan aku cepat sembuh dn dapat fikir dgn waras apa yg patut aku lakukan selepas nie.

terima kasih kepada yg percaya, yg x percaya tak apa..bukan mudah orang nak terima sesuatu yg diluar kebiasaan kan?

– achik

CREATE A POST

One comment

  1. Mungkin kurniaan dari Allah.. Bersyukurlah :) tapi best juga, dapat tahu apa yg mereka nk n rasa… kalau ada haiwan peliharaan lg la best, dapat memahami mereka dgn baik, apa yg mereka nk, apa yg mereka x suka, apa yg mereka rasa.. mula2 mmg seram juga sebab tetibe terdengar “suara” mereka tu, lama2 nanti kamu akan terbiasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *