Assalammuaikum. Terima kasih IIUM Confession sebab sudi siarkan cerita aku ni.
Sebenarnya, aku bukanlah pelajar IIUM. Aku student salah satu universiti awam di Selangor.
Selepas 2 tahun belajar dekat universiti ni, aku ada tersuka dekat mamat ni. Mamat ni senior aku dan banyak bagi tunjuk ajar macam-macam benda dekat aku, dari bab study sampailah motivate aku untuk segala macam benda. Aku anggap dia ni macam sifu aku, aku respect gila dekat dia dan kawan-kawan aku yang lain pun respect dekat dia sebab sifat kepimpinan dia. Biasalah, perempuan. Mula-mula je dia rasa dia kagum dekat lelaki, lama-lama jadi suka, dan di situlah aku silap. Aku silap suka orang. Aku salah pilih orang untuk disuka. Bila fikir balik, aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat untuk suka dekat mamat ni. Rupa pun macam duda anak 3 yang kena tinggal bini. Penyayang? Mula-mula kenal memanglah penyayang. Lama-lama jadi penyailang.
Hendak dijadikan cerita, dia adalah orang yang aku paling percaya dekat fakulti aku ni. Aku akan cerita macam-macam masalah dekat dia, dia akan dengar, bagi pandangan dan buat aku rasa lega. Sebab tu la aku boleh suka dia. Suatu hari tu, aku perasan perangai dia berubah. Kami banyak bergaduh lebih-lebih lagi dalam meeting. Semua benda nak bergaduh. Lipat kertas pun nak gaduh. Mula-mula tu aku suka la gaduh macam tu sebab bagi aku tu cuma gaduh-gaduh manja erat silaturrahim je. Lama-lama makin teruk. Untuk pengetahuan korang, kami merupakan wakil pelajar, jadi faham-fahamlah berapa banyak kali kami kena jumpa dalam seminggu. Dan disebabkan kami adalah wakil pelajar, ada banyaklah isu dan program yang kami kena handle. Bila aku suarakan pendapat je, dia mesti akan bangkang. Kalau bangkang ada signifikan takpe, ni bila aku bercakap pun dia buat muka berkerut macam tak faham apa yang aku cakap. To make things worst, aku tak habis cakap lagi, dia dah menyampuk. Cakap ni tak betul la, tu tak betul la. Dah tu macam mana aku nak suarakan pendapat aku kalau dia asyik nak menyampuk je? Aku perasan je dia tak patut buat macam tu, tapi aku taknaklah mengadu domba dekat geng wakil pelajar yang lain. Professionalism I must say.
Utk beberapa bulan, aku tahan perangai dia macma tu, aku sabar yang sehabis sabar. Lagi-lagi aku suka dia, sebab tu la kot aku boleh sabar dengan dia. Bukannya aku tak berusaha untuk tanya dia apa masalah sebenar dia. Dia cuma cakap yang dia tak boleh nak hadam apa idea yang aku cakap. Dia cakap adalah juga member lain yang tak berapa dengan aku. Aku tak kisah bab member yang lain sebab at least mereka tak menyampuk bila aku bagi pendapat, dan banyak je pendapat aku yang mereka terima. Berbeza dengan dia ni yang tak nak hadam pun apa aku cakap. Bila aku dah fed-up, pergi meeting, aku taknak cakap apa benda kecuali update gerak kerja portfolio aku. Tapi member lain pelik sebab aku antara yang paling banyak bersuara dalam meeting. Senior aku cuba approach aku apa masalah sebenar, jadi aku pun luah pasal benda ni dekat dia. Dan rupanya, mereka sebenarnya perasan je macam mana mamat tu layan aku. Semua orang tak suka. Tapi aku tak kisah pun semua tu, sebab dah suka kan.
Ramai je kawan-kawan yang dah tahu perangai dia, tapi sebab cintaku buta (ceh poyo) aku tutup je telinga, tahan dengan perangai dia dan buat macam dia tak buat salah apa-apa dekat aku. One day, aku lepak dengan kawan aku (classmate dia). Dia cakap la yang mamat tu banyak gila cerita buruk pasal aku kat mereka. Sama juga la aku buat bodoh je cerita tu. Sampailah, junior aku sendiri yang cerita kat aku apa yang mamat tu cakap pasal aku. Tak perlulah saya cerita dekat sini sebab buka aib je, Mula-mula dengar tu, macam tak percaya dia cakap macam tu, so i demand explanation dengan, dan yes dia admit semua tu dia cakap dekat junior aku and dia tak minta maaf pun!!! Aku punya marah tu sampai satu semester kemudian pun aku tak maafkan dia,
Aku cuba untuk buktikan yang dia salah. Aku bukan macam yang dia cakap. End up aku yang merana. Sekarang ni aku dendam gila dengan dia dan aku tak tahu macam mana nak hilangkan dendam tu, Bayangkan orang yang paling kau percaya pergi khianat kau. Allah..perasaan dia tu. Aku tak tenang selagi dia tak minta maaf kat aku padahal benda ni dari awal semester lepas. Aku tak senang tengok dia bahagia sebab aku merana sebab dia. Please, aku nak minta tolong korang untuk tolong aku. What should i do? Aku dah try slow talk kat dia juga, and tak effect apa pun. Please..
– Wan Fitrah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit