Dia yang suka menganggu – 12:53 PM

Dia yang suka menganggu

Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan post saya.

Saya kerap menerima gangguan makhluk halus. Pernah dulu ketika saya tinggal di rumah flat di KL, saya memang kerap diganggu. Kejadian yang paling saya ingat nak masih buatkan saya tertanya adalah,

Setiap pukul 7 malam saya akan mendengar jeritan perempuan yang sangat mendayu, diikuti dengan bunyi pintu dihempas. Masa mula2 dengar, saya ingat mungkin jiran saya bergaduh dengan suami dia jadi saya ambil ringan saja benda tu. Tapi bila keesokkannya tepat pukul 7 malam saya mendengar jeritan yang sama, hempasan pintu yang sama, hati saya mula tak tenteram. Benda tu berlarutan agak lama sampai kan saya tepat pukul 7 akan serta merta tekapkan telinga dekat dinding semata-mata nak dengar jeritan perempuan tu. Lama benda tu menganggu jiwa saya. Hati saya jadi sedih dan saya tiap kali dengar jeritan dia. Pernah saya tanya jiran2 saya pernah tak dengar orang menjerit petang2, dorang cakap tak ada dan pernah masa saya dengar jeritan perempuan tu, saya berlari keluar bilik, berlari ke balkoni, tapi suara tu tak ada. Bila saya cerita dengan kawan2, dorang andaikan jiran sebelah rumah, tapi rumah sebelah saya memang takde orang dah bertahun. Sampai sekarang saya masih teringatkan jeritan perempuan tu betapa sayunya suara dia.

Ada satu kejadian, saya terbangun masa pukul 3 pagi. Waktu tu saya terhidu bau yang sangat wangi. Tapi mungkin sebab mengantuk sangat ketika tu, saya tertidur semula. Pagi esoknya, saya bangun dan capai tuala nak mandi, satu aroma wangi melekat di tuala. Bau yang sama masa saya terjaga pukul 3 pagi. Bau apa, saya pun tak tahu. Allah yang lebih mengetahui.

Kejadian yang paling menakutkan bagi saya, masa dinding bilik saya yang dicakar dari luar. Bunyi cakaran tu dari bilik sebelah dan mengelilingi bilik saya. Saya mesej member kat bilik sebelah, tanya dia buat apa sbb saya masih berfikiran positif yg bunyi tu mungkin dia tapi dia cakap dia tak buat apa tengah online je. Masa tu memang saya tak sedap hati, saya called makcik ni, dia pernah tolong saya pagarkan bilik saya, dia cakap jangan risau, benda tu nak main2 je, dia boleh keliling bilik je, tak boleh masuk. Abaikan dia. Tapi nak abai macam mana kalau dengar bunyi cakar tengah2 malam, kan? Hehehehe

walaupun sekarang saya dah tak duduk situ tapi rumah tu memang legend la, macam2 gangguan saya dapat. Bahu kena tepuk lah. Bunyi guli, bunyi perabot malam2 buta dah biasa sangat. Kawan saya nampaj pontianak sampai histeria pun ada. Adik saya pula, dia cakap time tido, dia nampak ada orang perhatikan dia kat sudut bilik, sampai dia phobia nak tidur bilik tu. Dan benda yang kerap berlaku bila saya tingal sorang2, duduk dalam bilik. Dorang pun boleh pakat2 berborak tak ingat kat hall, bila saya buka pintu bilik, sunyi sepi pulak kat hall. Bila tutup pintu, riuh balik. So saya abaikan saja.

Banyak lagi kejadian yang saya alami tapi, benda2 ni bagi saya, dia membuatkan saya jadi berani sikit. Dia makhluk Allah, saya pun sama. Mungkin sebab tu saya jadi selamba je buka pintu, dok kat beranda rumah kalau dengar bunyi pukul 2-3 pagi kat luar rumah. Mak saya memang marah, dia cakap lain kali kalau dengar apa2 duduk diam2 dalam rumah. Syaitan ni banyak muslihat nak perdayakan kita kata mak. Hmm, entahlah.

Saya pernah berubat di Darul Syiffa tapi tetap masih macam ni.

– Ghost Of You

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *