Ok assalamualaikum semua. First of all, sekiranya cerita aku disiarkan, terima kasih banyak banyak. Dan, komenlah dengan penuh hikmah.
Tajuk aku emosional. Ada apa dengan emosional? Skop emosional aku disini adalah kuat marah, panas baran atau cepat marah. Ada antara kita memang ada sifat sifat tersebut. Ceritanya begini, aku ada kenal seorang pakcik ni. Dia ni solat kuat, selalu solat jemaah dekat masjid, katanya kalau tidak solat jemaah di masjid, rasa macam tak solat. Alhamdulillah. Dia kuat soal soal agama. Dia menghafal serba sedikit isi isi Al Quran. Tapi dalam kebaikan tu, ada kelemahan.
Kelemahannya adalah kuat marah. Cepat marah. Aku terfikir, sepatutnya orang yang dirinya dekat dengan Allah, pasti hati dia lembut. Bak kata orang, cool. Hehe. Bahkan, terkadang dia melepaskan perkataan perkataan yang tidak baik, seperti sumpah seranah orang. Macam mana boleh berlaku? Adakah solatnya terdapat kesalahan? atau masalah hati?
Aku terfikir juga. Orang yang solatnya cukup, dirinya dekat dengan Allah, mesti tidak akan mudah marah. Marah kan datang dari syaitan. Syaitan je yang suka bila kita marah marah. Bahkan, isu remeh sahaja seperti tidak tutup suis lampu, marahnya seperti nampak perompak masuk rumah. Apatah lagi isu besar.
Kadang kadang, anaknya juga segan. Yelah, bila kawan kawan anaknya datang, pakcik tu macam tak friendly. Kita kan suka bila ayah kawan kawan kita friendly. Bukan kita nak mencuri pun. Sehinggakan ada yang takut untuk datang ke rumah.
Jadi, apakah punca masalah kuat marah ni? Sedangkan bangun tahajjud pun ye, solat solat sunat pun ye. Adakah terdapat ‘masalah’ disebalik amalannya? Atau sifat sebegitu? Tapi perasaan cepat marah is not good bak kata orang putih. Marah ni datang dari syaitan. Sebab itu bila kita marah, diam. Pergilah berwudhu’ atau cepat cepat istighfar. Tapi peliklah, orang yang kuat beramal boleh jadi sifat cepat marah. Apa apa pun, doakan jelah semoga sifat kuat marah pakcik tu atau orang orang di sekeliling kita yang kuat marah ni berkurang.
Okay ini je cerita aku. Assalamualaikum! :)
– Aydn
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit