Reply to Fail Subjek
Assalamualaikum
Harap2 kak Min dapat approve sbab nk share pengalaman saya berkaitan confession Fail Subjek
Saya dulu pun pernah fail satu subjek. Saya budak Programming, dari universiti lain. Nama subjek tu Data Structure and Algorithm. Subjek ni bg major saya merupakan pre-requisite utk 5 lagi subjek. Maknanya, fail subjek ni, memang jadual study saya akan kucar-kacir. Nak dijadikan cerita, masa saya tahun satu sem dua, saya ambil subjek ni dan fail. Saya marah-marah dekat lecturer, cakap kedekut markah la, tak nak tolong pelajar la, tak kesiankan pelajar la dan lain-lain. Sampailah satu hari kawan saya tegur, dan saya check diri saya balik. Ya Allah, bukan salah lecturer, tapi salah saya.
Dalam kelas kalau tak faham, bukan nak tanya, tapi menghadap phone atau mula nak buka kelas melukis. Bila ada assignment, buat cukup-cukup syarat je, x de la kata nak double check ke apa. Asal program boleh run, itu dah satu kejayaan. Muhasabah diri balik.
Sem lepas, saya ubah cara saya. Tutorial dia bagi saya buat, lab x pernah miss, klau miss pun masuk lab masa dan hari lain untuk ganti, assignment tengok semua requirement dia dan fill dia punya requirement. Dalam kelas saya pay attention, benda yang dia selalu ulang adalah benda yang akan masuk final, saya perasan bemda tu dan saya jote down. Tapi, sedih sebab carry mark tetap x smpai 30 dari 60. Saya pun tebalkan muka, jumpa dia,berterus-terang dan minta re-submit assignment yang tak memuaskan. Dia senyum, dia cakap tak adil kalau dia buat macam tu pada pelajar lain. Tapi dia akan cuba go through saya punya source code dan tgok baik-baik takut ada yang dia boleh tolong. Dalam hati, saya dah sedih tapi x pe lah, saya cakap terima kasih dan saya balik. Study subjek tu betul2 sampai saya betul2 faham konsep dia. Bila dah study, ad part yang tak faham, saya kiv-kan, buat appointment, jumpa lecturer. Kemudian minta maaf kalau2 saya ada buat salah dengan dia.
Alhamdulillah, masa final saya dapat jawab semua soalan dengan tenang. As if, the lectures note are there with me.Dan hasilnya, saya dapat B utk subjek tu. Sungguh tak sangka. Bila saya email dia tanya, dia cakap final saya dapat score 100%. Dan carry mark saya sbenarnya 32. Becausw actually, after I met her, she re-checked my assignment and project, as well as the evaluation during my project presentation. Dia sum upkan smua.
Kesimpulan dia kat sini, semuanya rezeki dari Allah. Tapi, kalau tak usaha, rezeki tu tak kan dapat. Jaga adab kita dengan guru, at the same time, jaga hubungan dengan Allah.
Itu je perkongsian saya. Harap dapat bagi semangat.
P/s: First time I took DSA, my result was F
The second time I took it, it was B
– Azie