10 isi ceramah. – 1:40 AM

10 isi ceramah.

Assalamualaikum, sejujurnya aku nak bgtau aku bukan student uia hehe tp student salah sebuah ipta la yg skrg baru je bercuti sem. Sorry la kalau ada student uia butthurt dgn outsider confesser mcm aku ni tp alaa bg la aku peluang rasa feel "uia" tu sikit even dekat page confession ni je hikhik. Jadi sepanjang aku duduk rumah and having a post-jobless term ni lol aku ada lah follow abah aku pergi majlis ilmu sikit. Point nya bukan pasal rajin dan bagusnya aku pergi majlis tu tapi apa yg aku dapat sepanjang aku pergi tambah ilmu tu.

Well aku suka observe. Sometimes aku boleh jd killer judgemental tapi mentally je la, aku jarang verbally judge orang hahahaha konon nye lah. So apa yg aku observe dgn apa yg aku dpt dari kelas ilmu tu bring me to the new level of thinking. Cewah (flip tudung ket)

Pertama pasal ikhlas. Ikhlas ni org kata ibarat semut hitam di atas batu hitam di kala pekat malam. Gitu. Ustaz cakap kita tau ka ikhlas ke dak org yang derma kat tv tu? Ikhlas ka dak orang yg yang dtg masjid beribadah tu? Jadi secara teknikal nya, kita mmg tak boleh nak ukur keikhlasan seseorang. Ustaz kata ikhlas paling diuji bila kita bekerja! Kerja la apa pun, waktu ni keikhlasan kita diuji. Jangan mengeluh! Dia kata kalau dok rumah je tak buat apa mcm mana kita nak diuji?(k sentap)

Tambah dia lagi "beramal dulu sebaiknya baru ikhlas tu datang sendiri bukan dok tggu ikhlas dtg baru nak beramal"

Kedua pasal islam. Manusia selalu pakai konsep "seeing is believing" kan? Jadi konsep ni takleh pakai dah. Cth bila tngk orang pakai serban, kita dah anggap dia alim ulama serba serbi. Pakai seluar koyak sikit, kita anggap dia takde agama blabla. Aku pun kadang gitu gak(headshot) tapi ustaz kata "JANGAN TENGOK ISLAM BERDASARKAN INDIVIDU" aku capslock sbb dia cakap/jerit time ni kuat sampai aku pun terkejut, makcik sebelah pun tersentak dari tido. K. Maksudnya point ni penting. Kata dia jangan beriman kerana ustaz, ibu bapa, kekasih blabla tetapi kerana Al Quran dan As sunnah. Berpandukan dua ni lah. Katanya lagi kalau ada anak tp sorang pun tak hafal Al Quran maka itu perkara yg memalukan! Kalau tak reti baca Al quran, belajarlah. Juga waktu solat, betulkan makhraj bacaan Al fatihah.

Ketiga pasal fanatik. Bila masuk bab politik, kita akan pergi ke kerajaan dan pembangkang! Heh. Kat fb ni je memacam jenis penyokong fanatik aku jumpa walaweh stress je nengok nya. Apa yg ustaz kata ialah jangan kamu mengikut pemimpin! Maksud dia kat sini pemimpin yg tak benar. Jangan sampai obses dgn pemimpin kamu! K tu jelah main point nya sbb dia bnyk elaborate pasal kerajaan turki. Dia juga sruh kaji balik siapa Mustafa Kemal Antartuk. Selami kisah Dr Najmuddin Erbakan dan satu lg tokoh revert thai(aku tak ingat nama hihi)

Keempat pasal kiamat. Kita bnyk dnga version pasal kiamat. Ada yg kata yakjuj makjuj trun dulu, dajjal trun dulu, nabi isa trun dulu dan sebagainya tapi ustaz kata tak kisah apa pun yg trun dulu yang pentingnya apakah persediaan kamu? Haaaa. Dia kongsi usaha utk elak dajjal:
-jauhi tempat trun nya dajjal
-dduk di kota mekah/madinah
-hafal Al kahfi
-amal doa elak fitnah dajjal (google ok)

Kelima pasal hati. Biasa lah. Manusia dgn hati ni berpisah teda ye awaa. Ustaz kata hati paling penting sbb tu smua benda berkait dgn hati. Dia cuba berlawak bila dia kata kenapa bila kita sruh orang drive leklok, kenapa kita akan cakap hati hati? Kenapa bukan pinggang pinggang? Tangan tangan? Lol. Crowd gelak k time tu. Korg pun tolong la terhibur ket. Jadi dia kata asalnya amal yg baik dtg dari HATI yang baik dan bersih. Jangan biarkan hati kita hitam. Amalkan perkara baik baik, lazimi zikrullah.

Keenam pasal jodoh. Dia ada bg doa dan tips pasal jodoh ni tp alaa aku tak sempat nak salin huhu. Apa pun, point dia ialah kita semua pasti akan berjodoh. Sama ada jodoh dgn perkahwinan atau dgn kematian. Deep bukan? Katanya lagi "kenapa kita selalu sebut benda yang kita belum tentu dapat? Kenapa kita tak selalu sebut benda yang pasti kita dapat, yakni mati" hah double deep bukan? Jadi katanya nak yang terbaik, maka jadilah yg terbaik dan nak pilih pasangan pilih lah yang agama nya A class! Jika dia mencintai tuhan sepenuhnya insha Allah kamu akan dicintai olehnya sepenuhnya juga kerana Allah. Bagi yg belum berjdoh tu smoga jodoh korg dipermudahkan insha Allah. Marilah berhuhu dgn aku. K.

Ketujuh pasal seru/hidayah. Dia tekankan pasal hidayah ni tang soal aurat la! Cliche la kan bila dnga orang kata nak tutup aurat bila dapat hidayah/seru lah apa lah tapi kata ustaz Al Quran lama dah seru. Padahal kita dah tau lama dah. Punya la lama tapi taknak buat jugak!! Katanya lagi, jangan memandang rendah/remeh akan perintah Allah. Jadi kepada brosis di luar sana, marilah kita sempurnakan aurat kita.

Kelapan pasal jihad. Ustaz kecikkan skop kepada jihad terhadap diri sendiri. Cth katanya bila kita seorang perokok, well rokok mmg tak elok kan(difatwakan haram) jadi kita kena la berjihad utk berhenti merokok! Katanya, ye memang susah sbb nama pun jihad jadi mmg kena ada usaha untuk berubah! Jihad melawan nafsu sendiri mmg payah terutama bila kita dah terbiasa. Dia buat lawak bila dia kata ada orang tu merokok dari bayi lagi jadi susah la nak berhenti dan ya crowd gelak k tapi apa yg dia nak cakap ialah walau cemana kau dah overly-attach dengan perkara yg buruk tu, kau kena jihad dan berusaha lah utk tidak melakukan perkara tersebut. Bukan rokok je, bnyk lagi yg dia bg contoh aku tak ingat lew hihi

Kesembilan pasal amal jariah. Bila kita mati, amal jariah antara yang kita akan tinggalkan! Jadi kata Ustaz, tak mampu nak buat banyak takpa jangan tak buat langsung. Sumbang la utk diri sendiri. Maksud dia kat sini, buat la amal jariah, derma ke wakafkan Al quran ke atau apa saja yg beri manfaat berterusan kepada ummat. Moga kita dapat pahala berterusan selagi umat lain memanfaatkannya!

Kesepuluh pasal kebahagiaan. Bagi setengah orang, dia bahagia bila duit banyak. Bila dapat bercuti, bila dapat bersama kesayangan, bila dapat beli kereta baru dan sebagainya. Terserah. Setiap orang berhak utk bahagia! Tapi kena selalu ingat akan Allah. Ingat semuanya dtg dari Allah. Katanya penuhilah dada kamu dgn ilmu tuhanmu, maka kamu juga akan merasa bahagia dgn betapa besarnya kuasa dan kasih sayang Allah. Jika duit kamu berkepok tp kamu tidak sujud langsung pada tuhan, maka orang ini sangat hina dan rugi. Sibuk mana pun, cari masa utk pencipta kita dan sentiasa lah bermuhasabah diri insha Allah kebahagiaan hakiki milik kita.
******
Uih first time taip banyak cemni. Btw mungkin korg pun dah tahu benda ni tapi takpelah aku sekadar berkongsi je sbb ilmu Allah ni luas(refer ayat last surah Al Kahfi). Kalau aku ada tersalah fakta ke sbb aku point out guna ayat sendiri(bad writer tsk) dan korg terguris ke apa ke minta maaf la ye. Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya selalu. Jazakumullahu Khayran :)

– sis K.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *