DALAM DILEMA
Assalamualaikum. Salam jumaat. Mohon admin approve. Mengharap sangat bantuan pembaca. Umur aku semakin tua. Aku ada bf dah 6 tahun dengan dia. Ada juga cadang nak kahwin. Tapi dari dulu sampai sekarang dia takda saving langsung. Takpa aku tak kisah. Duit boleh cari.
Yang aku dilema sekarang ni dia tu tak solat. Yes! Tak solat. Aku tak la perfect mana. Tapi at least ikut perintah Allah. Tapi dia ni tak pernah nak berubah. Dah 6 tahun kau bayangkan. Macamana nak jadi ketua keluarga? Nak bimbing isteri, anak-anak? Aku risau.
Yang aku pelik, parents dia ni macam tak ambil kisah anak bujang dia ni solat ke tak. Kalau dah subuh memang tak pernah bangun, mak dia pon taknak kejut. Makin biarkan je dia tido. AKu yang geram.
Aku pernah tegur berubahlah, umur makin meningkat. Tapi aku yang kene marah balik. Dia kata aku ni siapa nak judge dia.
Ni belum bulan puasa. Dah la solat pon tak. Puasa lagi la. Aku macam perli perli la "ei, tak malu ke tak puasa?". Dia kata dia tak sahur nanti takfa energy nak buat kerja. Aku diam je la.
Aku harap aku tak kahwin dengan dia ni. Mohon doakan aku dijodohkan dengan lelaki yang tak tinggal solatnya.
Aku tak kisah lelaki tu miskin ke kaya ke tapi solat mohon jangan tinggal. Aku nak lelaki yang boleh bimbing aku dalam ibadah..
– Juju