phone scam
Aku penah kena gak phone scam ni. tapi tak sampai bagi tahu details cam ic/ alamat etc. nak tahu phone call yg kita receive scam ke tak senang je.
first, caller id area KL. ade je area lain tapi famous +03 ni la. aku kena 3, 4 kali jugak. ok camni modus operasi dia. dia akan call kau, and introduce diri dia, utk yakinkan kita. dia ade je mention nama dia and cawangan bank dari mana. Aku pulak spesis memang suspicious orgnya, even kau bagi tahu nama and asal mana pun, aku akan doubt 70% of the facts. the conversation memang formal, gaya mantopp al maklum lah nak menipu. cakap call direkod la bagai. and cara dia cakap laju2, kadang2 kita kena tanya dua tiga kali. (ekceli bila kau tanya 2,3 kali itu bermaksud kau dah dalam pukat dia. kira kau kini ialah seekor ikan yang tekapar kapar, interested dan ada potensi besar nak bagi tau information yg scammer nak).
Yang aku kena tu, dia kata dia dari bank X, ade anjurkan program utk degree, and so on. So lepas dia dah introduce diri dia, dari tone suara kita dia akan dapat tahu jenis org mcm mana kita ni. Nak layan or taknak, boleh kena kencing or tak. Tegas ke lembut. Just from cara kau jawab soalan yg dia beri. contoh; dia akan tanya questions mcm nama, umur, and kau akan jawab "ye" or "tak". kenkonon utk confirmation record lah. aku time ni memang takde mood sgt nak layan, sebab hati aku dah kene jentik dengan was-was bila dia start cakap, "bank akan bayar sekian2 kepada anda, kami bayar itu, bayar ini, bla bla bla" . Duuh secara logik akalnye, zaman pak jiby ni mana ade bank nak lambak duit kat kau. paling2 pun lagi dia nak sedut duit kau lagi hado. zzz. lagi satu, aku marohhh betul ngn pak jibby ni, bila nak turun tah. ok tu cite lain. then.
Aku time ni dah doubt, tapi aku still layan lagi mamat ni (lelaki yg call, secara psikologinya dia guna opposite attraction, since aku pempuan, caller laki, kalau victim lelaki, caller perempuan, ni theory Conan Edogawa aku je. kehkeh). lepas tu, dia start mintak itu ini, mcm confirmkan personal details eg: nama, umur, status perkahwinan. Ni lagi satu. Kalau betul kau dari bank, dah tentu tentu kau tahu personal details aku, sebab aku mendaftar kat bank kau kan. katenye lah. and patutnye kau yang mention that particular itmes, aku kena agree je, bukan aku yg sebut segala mala benda. sini aku dah panas. hati aku dah confirm ni scam.
so apa yang aku buat. aku layan acuh tak acuh. then dia kata, "Cik busy ke?" . aku balas, "Ha ah saya busy, sy tengah study utk exam ni" suara saraat dengan perasaan annoying-menyampah-nak-letak-call punya gaya. Dia cam diam kejap lepas tu dia kata, "Maaf la sy ganggu cik, bla bla doakan berjaya" lepas tu letak call. lepastu, aku direct call bank yg dia claim tu, tanya ada tak officer dia nama sekian2. dia kata takde. pusing2 mmg x de pun. dasar penipu.
And yg situasi lain, aku dah kena sekali, kali ni aku nekad. bila dia start tanya pasal personal details, aku jawab camni."Nama awk siapa ye?" dia pun balas dengan kelam kabut gelabahnya, sebab maybe dia tak expect aku nak tanya nama dia. Then aku tanya lagi. "Dari cawangan mana tu?", "Bank kat mana", "Kerje under siapa?" "Asal mana eh?" "Mana dapat fon number saya?" dan dari taburan peluru2 aku, pufff. dia terus letak telepon. Heh. puas ati limpa aku. till now, lansung takdak scammer call. kahkahkah.
Len kali kalau ade lagi phone scam. aku nak kasi ceramah sikit. biar dia raso. Udah lah tu nipu orang. dah 2016. kimat dah dekat ni. bila nak tobat kalu asik dok menipu… Hmm. klah, aku nak g mereput. jumaat ni baik lah g khafi seround. amik iktibar cite aku ni. jangan dilayan sgt formal call yg claim utk retrieve information, unless kau betul2 confirm. but usually, aku mmg tak lah nak perchaya. hahah, k so long.
– oaips98