Teman lelaki upahan? – 8:19 PM

Teman lelaki upahan?

Assalamualaikum. Terima kasih kalau admin sudi accept confession ni. Sorry, agak panjang.

Ceritanya macam ni, tengok tajuk dah nampak cliche. Tapi yes, itu la reality dia. Some of people of there mungkin fikir benda ni tak logik dan drama je, tapi tak. This thing happened in real life.

Aku ada kenal sorang lelaki tahun lepas. Dia 2 tahun lebih tua daripada aku. Aku 23 tahun sekarang. Mula mula kita orang jumpa dekat presint 1, putrajaya. Masatu aku tengah jogging, and dia pun sama. Kita orang start bertegur masa break jog tu. Aku lupa nak bawak air, lepastu dia bagi aku 1 botol mineral (sebenarnya tu untuk kawan dia). Masatu kita orang sembang sembang jela. Aku tak cakap thanks langsung dekat dia sebab bagi air kat aku. Berlagak aku ni. Sombong sangat. Dia? Dia baik sangat weh. Terlalu baik. Dia kelakar and so on. Dia ada rupa, ada harta (ayah dia kerja oiling and gas dekat kazakhstan), berilmu (belajar dekat uni of tokyo).

Aku ni liar. Nak cakap club malam tu macam rumah kedua aku je. Lelaki aku sentuh rilek je macam tak ada apa apa. Tapi aku tak pernahlah tidur dgn lelaki. Aku liar sangat. Parents aku tak suka dgn kehidupan aku, so ayah aku nak kawinkn aku dgn anak sepupu ayah aku. Calon suami aku ni, budaknya alim. Belajar dekat uia ambik alquran dan sunnah. Aku taknak. Memberontak aku tolak. Bagi aku, aku tk sesuai dgn lelaki sebaik dia. Aku taknak. Untuk lelaki baik macam dia, biar la dpt perempuan yang baik. Bukan mcm aku.

Malam tu aku keluar rumah. Memberontak. Dalam pukul 10 malam, aku pergi tasik balik. Tempat pertama kali aku jumpa dia. Kebetulan, dah namanya jodoh kot aku jumpa dia lagi. Dia tegur aku "awak yang haritu kan?" Aku angguk je. Sombong. Dia tanya aku, dia desak aku cerita masalah aku. Dia cakap macam aku tengah ada masalah. Aku tengah serabut, dah tak ada sesiapa, jadi aku pun cerita. Biasalah, perempuan bila dah bercerita baru boleh rasa lega.

Tiba tiba, aku terkeluar idea suruh dia tolong menyamar jadi boyfriend aku. Tuptap, kita orang contact every night. Aku buat buat busy otp dengan dia dpn parents aku buat buat macam aku ada someone special dan bukan jenis tukar tukar boyfriend yg macam bapak aku fikir.

4 months passed. Parents aku percaya yg dia memang boyfriend aku. Tapi, bapak aku still nak jodohkan aku dgn lelaki uia tu. Aku dgn dia pun jadi makin rapat. Selalu keluar sama sama, lunch sama sama. 2 minggu lepastu, dia ajak aku keluar. Dia confess dkt aku yg dia suka aku, dia ajak aku kawin. Because why? 4 bulan aku dgn dia, dia banyak ubah aku. Aku dah mula solat, aku tak jejak kaki dkt club malam, aku dah tak sentuh lelaki, aku dah duduk rumah, tak keluar malam. Dan… Aku dah mula pakai baju yang longgar longgar, cuma bertudung tu kadang kadang je.

Lepastu aku tipu bapak aku yang aku nak kawin dengan dia. Bapak aku pun bagitahu aku yang budak uia tu dah nak tunang dengan perempuan lain. Aku pun apa lagi, horay horay la dekat rumah. Aku excited sangat, aku ajak dia jumpa aku. Masa jumpa, aku cerita dekat dia, dia cuma cakap "kalau awak dapat dia pun kena bersyukur tau. Sebab apa? Sebab saya percaya dia mampu bimbing awak. Tapi kalau dah tak ada jodoh, saya harap jodoh awak mampu bimbing awak. Awak jangan ubah pada perangai lama awak balik tau?" Aku happy gila. Aku pun terckp "insyaAllah! so…… kita tak payah kawin!" muka dia berubah gila. Dia dah kenalkan aku dekat keluarga dia, adik beradik dia semua dah tahu pasal aku dgn dia. Dia tanya kenapa, aku jawab sebab aku cuma gunakan dia je. Kenapa desperate sangat? Awak budak uni of tokyo, you can get someone better. Lepastu aku cakap bye, aku tinggalkan dia. Dia tak kejar aku langsung. Masa aku toleh, dia tunduk je. Aku tak tahu la dia nangis ke apa. Kisah pulak aku masatu?

2 months passed..
Aku taktahu dia pergi mana. Langsung tak jumpa. Aku rasa serba salah sebab buat dia macam tu. Aku ni memang hati batu sikit. Susah nak jatuh cinta. Tapi dia, mungkin dalam masa 4 bulan tu dia dah tersuka aku. Lepastu aku datang tasik yang aku jumpa dia tu setiap hari, waktu yang sama. Dari pukul 4, aku akan tunggu sampai pukul 7. Dia tak datang

Lepastu dah berminggu jugak la, aku hantar bapak aku pergi umrah. Masa dekat airport, aku nampak dia. Dia baru sampai dari oversea punya balai ketibaan. Ya Allah, waktu tu aku macam nak lari dekat dia and peluk je dia. Aku rindu sangat. Aku perhatikan dia, dia duduk dekat kerusi sorang sorang. Okay, maybe ni waktu yang sesuai aku nak mintak maaf. Sungguh, hati ni betul betul dah jatuh cinta dekat dia.

Lepastu aku pergi dekat dia, aku tegur "Assalamualaikum amirul" dia pandang aku. Muka dia biasa je. Tak terkejut langsung nampak aku. Aku dah bertudung waktu ni pun dia buat biasa je. Lepastu dia cakap "waalaikumsalam, ye?" Aku jawab lagi "awak dari mana ni? Boleh kita bercakap sekejap?" Dia pandang sekeliling, dia tanya aku "err, kita kenal ke ye?" Aku tahu tu dia. Tapi dia buat buat tak kenal aku. Tak lama lepastu, dia setuju nak bercakap dengan aku sekejap. Kita orang minum kat KLIA. Masa kita orang berdua tu, dia diam je. Lepastu tahu apa? Dia tiba tiba tanya aku "sejak bila dah bertudung?" Aku pun jawab, lepas apa yang aku dah buat dekat dia. Dia cakap balik, "baguslah. Eh nak tahu tak, dulu i ada kenal sorang perempuan ni, hidup dia liar tau. Lepastu i ubah dia, Alhamdullilah, dia pun berubah. Tapi you tahu dia berubah sebab apa? Sebab dia hipokrit. Dia bertudung sebab dia nak bapak dia percaya yang dia tak liar lagi. Lepas bapak dia dah percayakan dia, you tahu dia buat apa? Dia kembali dekat diri dia yang lama balik. Teruk kan? You jangan ikut macam dia" hati aku masatu macam kena cucuk cucuk dekat sejuta pedang je. Sakit sangat, pedih. Aku hampir menangis. Lepastu dia cakap lagi "saya malas nak cover cover, siapa awak ni tiba tiba saya cerita kat awak, kan? saya cerita dekat awak ni supaya awak ambik pengajaran. Lepastu, awak ni bertudung, jaga diri dan jaga lidah ye? Kot kot lah, apa yang kita cakap dengan lidah ni sakitkan hati orang lain ke kan? Kita fikir dulu sebelum bercakap. Sakit dia bukan sehari dua, tapi berbulan bulan"

Aku macam nak menangis kat situ jugak. Tapi aku sabar, sebab aku tahu hati dia sakit sangat. Puncanya dari aku sendiri. Kenapa dia jadi macam tu? Tanyalah diri kau sendiri wahai cik anna. Hari berganti hari, aku still jumpa dia, aku contact dia untuk mintak maaf. Tapi dia? Dia layan aku dengan kata kata sinis. Setiap apa yang dia cakap tu sinis sangat. Aku tak salahkan dia, sebab aku kenal dia macam mana. Dia jadi macam tu sebab aku, sebab aku! Kalau aku tak buat dia macam tu dulu, dia takkan jadi macam tu. Dia akan stay dengan diri dia yang dulu. Yang baik, kelakar, happy go lucky. Sumpah, aku rindukan dia yang dulu. Aku taktahu apa yang aku patut buat sekarang untuk dapatkan dia yang dulu, amirul yang lama.. Amirul yang sentiasa tersenyum bila dekat depan aku. Aku rindu… Sangat. Sekarang, dia dah tak macam dulu, dia tak pernah senyum atau ketawa daripada waktu aku jumpa dia dekat KLIA sampai sekarang. Aku betul betul nak dia percaya yang aku menyesal dengan perbuatan aku. Apa yang aku boleh buat untuk aku dapatkan dia balik?

– Anna Syakira

CREATE A POST

One comment

  1. Apa awk buat tu mmg salah. Awk x perlu kejar dia, awk cuma perlu tunjukkan diri awk yg awk mmg dh berubah. Ye, mmg lama, tpi dia jugak perlu masa. Awk jdi diri awk sahaja, jdi the better anna. Klau dia sayang awk, dia akan dtg balik. Allah Maha Mengetahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *