Isu hantaran tinggi
Assalamualaikum wbt.
Dari tajuk mesti adik2 dah dapat agak apa yang abam nak sampaikan. Isu hantaran ni abam tengok kita tak boleh salahkan sesiapa. Baik bakal mak pak mertua kita,bakal isteri mahupun diri sendiri. Konsep perkahwinan itu sendiri memerlukan tolak ansur.
4 tahun lepas, masa abam nekad nak kahwin dengan isteri abam, abam pun melalui detik2 sukar. Orang kata dugaan orang nak mendirikan masjid. Hantaran isteri abam RM12k masa itu tak termasuk satu set perhiasan emas. Isteri abam waktu tu susah hati memikirkan abam mampu atau tidak untuk menunaikan hasrat mak mertua abam. Mak mertua abam beritahu abam, dia mintak hantaran tinggi bukan sebab jual anak ke apa. Dia mahu lihat anak yang dia jaga selama puluhan tahun senang. Abam paham hasrat mak mertua abam.
Walaupun abam rasa agak tinggi hantaran yang diminta, abam usahakan juga. Abam yakin kalau dengan niat yang betul Allah akan tolong abam. Kebetulan abam seorang yang berjimat cermat. Abam bukan jenis yang boros. Walaupun abam sudah bekerja abam tetap pakai motor untuk pergi kerja. Abam pun pakai handphone murah saja waktu itu. Berkat abam berjimat cermat, abam dapat beli sebuah rumah.
Selepas beberapa bulan bertunang, syarikat abam bekerja bankrupt dan abam dapat pampasan Rm30k dari syarikat. Abam kusut waktu itu. Majlis kawin hanya lagi beberapa bulan. Abam tak beritahu sesiapa kecuali bakal isteri abam. Mak pak abam sendiri pun abam tak beritahu. Abam tak nak mereka risau. Isteri abam waktu tu risau dan dia sanggup share duit kalau abam tak mampu tapi abam tolak. Abam kata padanya abam usaha selagi boleh.
Allah itu Maha Pemurah. Kawan baik abam ajak abam buat bisnes. Mula2, abam ragu2 juga. Kami buka syarikat kontraktor sendiri berbekalkan pengalaman dan modal yang kami ada. Abam gunakan rm30k pampasan yang abam dapat sebagai permulaan.
Memang sakit dan perit. Kamilah pekerja kami jugalah bos waktu itu. Abam awal2 sudah beritahu isteri abam yang abam akan busy cari duit mulakan hidup baru. Abam suruh dia doakan abam. Alhamdulillah berbekalkan berkat doa dan usaha, abam dapat langsungkan perkahwinan abam pada tahun 2012. Abam bersyukur isteri abam tak tinggalkan abam waktu susah, sentiasa bersabar dan tak merungut ketika abam sibuk bekerja.
Pejam celik pejam celik dah 4 tahun abam mendirikan rumah tangga dengan isteri abam. Alhamdulillah. Syarikat abam pun dah ada pekerja walaupun tak ramai. Apa yang isteri abam nak semua abam bagi. Itu semua sebagai tanda terima kasih abam kepada isteri abam kerana dia setia pada abam waktu susah dan senang. Untuk pengetahuan, abam memang tak hensem dan berkulit gelap. Abam bersyukur Allah kurniakan isteri yang baik untuk abam. Bila abam fikir kembali, hantaran Rm12k tu tak terbalas jasa isteri abam. Abam pegang kata2 mak pak mertua abam untuk bahagiakan anak mereka. Kerana wanita yang abam kahwini itu adalah anak yang dimanjakan dengan kasih sayang oleh ibubapanya.
Buat adik2,abam paham dengan kos hidup yang semakin meningkat, mungkin hantaran yang tinggi itu suatu bebanan. Ukur baju dibadan sendiri. Mula berjimat cermat. Dahulukan keperluan dari kehendak. Abam doakan adik2 semua tabah menempuh dugaan hidup. Abam doakan semoga semua urusan adik2 dipermudahkan oleh Allah
– Abam K