Peluang kedua – mohon admin terima, aku perlu nasihat
Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Tapi yang pasti aku menyesal. Menyesal kerana lambat tersedar. Menyesal kerana tidak menghargai. Aku sayang dia, sungguh aku sayang. Tapi kerana ego, kerana terlalu takut untuk percaya lelaki, aku ambil remeh tentang dia. Mana nak cari lelaki yang hormat kau? Yang jaga kau? Yang punya agama yang mantap pada usia 20an zaman sekarang? Yang terlalu baik hati, menolong tanpa bicara panjang? Yang yakin kau jodoh dia dari awal pertemuan? Yang beria nak jumpa mak bapa kau? Yang tidak sabar nak bawa kau jumpa mak bapa dia? Dek kerana terlalu berjaga jaga, takut dikecewakan, aku tangguh semua urusan yang melibatkan pekenalan antara dua keluarga.
Hampir enam bulan, awal tiga bulan bersama, bahagia, masuk tiga bulan keatas, macam macam hal. Bergaduh, cemburu, mengungkit hal yang tidak sepatutnya. Aku dengan ego aku, tak nak mengalah, tak nak jatuh dengan lelaki. Tapi dia, sabar, sabar, sabar dan terus bersabar dengan aku. Tak pernah marah tapi menangis, berkali kali mungkin, kerana sikap aku yang mengecewakan? Atau dia puas memendam rasa dan terkecil hati.
Sampai satu ketika. Saat aku mula sedar akan silap aku, saat aku nak perbaiki segala, saat aku sedia nak kenalkan dengan keluarga aku, saat siap untuk menjadi yang terbaik untuk dia, saat sedia menerima dia apa adanya, dia memutuskan aku. Atas alasan, perasaan yang dulu ada terasa hilang dan perlu masa. Hancur hati aku. Malunya aku. Merayu untuk perbaiki segala, tetapi dia enggan. Rasa tertipu, dia minta aku usahakan hubungan ini, untuk yakinkan jodoh kami. Saat aku pernah hilang perasaan terhadap dia, aku cuba semai balik, ingat balik waktu dia berlaku baik, jaga aku. Aku cuba sayang dia dan perasaan itu muncul. Dia pesan "kita sendiri perlu usaha untuk jodoh kita" tapi, saat aku minta untuk perbaiki segala, dia tolak, dia kata jangan dipaksa.
Bagaimana nak usaha sekiranya dia menyerah terlalu awal? Atau aku yang terlambat. Pergaduhan dalam hubungan itu sentiasa ada untuk menguji kita, terima keburukan kebaikan atau sebaliknya. Bukan mudah menjaga hubungan tapi memerlukan kesabaran dan keterbukaan (jujur) Dialah dalam ramai ramai lelaki ajar aku erti bersyukur, dia ajar aku agama. Saat aku pertama kali jumpa dia, aku yakin dengan dia, sampai kami bertemu sekali lagi dan bersama. Aku hanya inginkan peluang kedua. Untuk baiki segala, untuk menghalalkan hubungan kita. Aku yakin dia mampu bimbing aku. Mungkin silap aku, tak cukup hanya dia mendoakan yang terbaik untuk kami, tapi aku tidak melakukan hal yang sama. Mungkin ada peluang kedua? Atau tertutup hati dia untuk aku. Atau mungkin, "wanita yang baik, untuk lelaki yang baik" aku kenal sapa aku, aku kenal dia. Kalau ikutkan, aku tidak layak untuk lelaki seperti dia.
– Si penyesal