Iman yang tercalar
AssalamuAlaikum, salam ukhuwwah, salam sayang buat semua keluaraga iiumC, terutama buat k.min & a.min.
Seronok masuk laman iiumC ni, terubat sikit rindu dekat iium, taman ilmu dan budi. Tahniah buat adik2 yg berjaya dapat keputusan cemerlang. Pd yg dpt cukup2 lulus tu, tingkatkan lg usaha. Pd yg kn ulang lg tu, jgn putus asa, mantapkan lg usaha. Allah ada utk kita. Yang baru masuk tu…. selamat belajar.
"Iman yang tercalar"…. menggigil tangan nak taip kat sini, jantung berdebar2…. bimbang, takut2 yang diluahkn di sini memudaratkan org lain. Bimbang, takut2 yg bakal dinukilkan di sini boleh mencemar imej Islam yg sempurna….
*sy suri rumah sepenuh masa….dengan 4 org cahaya syurga…. alhamdulillah….. Kerja sy cuma duduk rumah, bukan 'supermom'. Rumah tak tahu nak mula kemas dari mana. Dapur tak kemas, meja makan berselerak, bilik tidur jd taman mainan, dinding rumah penuh mural abstrak olahan kreatif anak2.
Kalau hari tu gelisah, tak tenang…. bebel dekat anak2 tu dah jadi darah daging…. mula2 lembut jer bunyinya .." tolong mandi, tolong kemas mainan elok2, tolong main sama2,jangan gaduh2"… 2-3 minta macam tu, dia orang buat tak layan jer… "….. ker nak tunggu ummi jadi raksaksa,singa baru nak faham!!!…. baru bergegas nak buat… tapi bukan selalu :-)
Melayan kerenah anak2 ni, mudah sangat kesabaran tercabar…marah, marah, marah…. "Ya Allah, macam mana ni, dada dah berombak marah, klu macam ni cara aku didik anak, layan anak….. macam mana aku nak bentangkan permaidani untuk mereka menuju syurga-Mu"….. astaghfirullah Al-Azim….. tp marah di dada tak hilang, campur baur dengan sakit hati dengan anak2 yang tak pandai nak buat2 faham (2-8 thn).Kecil, besar, abg, kakak, adik semua kena.
Bila dah sampai keadaan macam tu, mulalah ummi nak cari salah orang lain (padahal diri sendiri yang salah, sebab tak pandai kawal emosi)….
Siapa lg yang nak disalahkan kalau bukan En.abgUstaz seorang(suami bukan 'ustaz' tp kawan kerja dia yg panggil gelaran tu).
"ini semua salah abg, abg cuma tahu kerja jer, balik rumah tidur…. abg lewatkan solat, abg tak ajar pun anak mengaji…. abg tak ada masa pun nak main dengan anak2…. abg tak nak layan anak2, tak teman anak2 nak belajar, abg cuma biar anak2 main tablet, layan game…. memang la dia orang tak ganggu abg, "…. (suami tak ada pun di rumah, kerja …. bebel dalam hati jer)…. biasa la kan, bila nak buat 'presentation' kena praktis dulu…. susun kata biar nampak kemas…… Ingat nanti, bila en.AbgUstaz balik, boleh terus keluarkan apa yang terbuku di hati.
"Sabar Syg, istighfar banyak2, minta Allah tenangkan hati…"(bisik dalam hati sendiri, anak2 duk bising kat ruang tamu)…. masa ni marah/geram dengan anak2 dah hilang dah…..
Tp, Allah hadirkan rasa yang amat bersalah dengan En.AbgUstaz….. Yang pergi tuduh, salahkan dia atas silap sendiri….. (masa ni Allah gambarkan semula silap yang pernah dibuat, amanah yg tak ditunaikan, tanggungjawab yg tak pernah dilaksanakan dengan sempurna…. saat ni boleh rasa, Allah marah sangat dekat diri ni…. )
Setiap kali marah yang sampai mencengkam dada, panas sampai ke hati…. Allah detikkan hati …. " Ya Allah, Engkau sedang marah padaku ker,?… aku tahu ada dosa yg aku terlepas pandang….. andai panas yang menyelimuti tubuh sewaktu marah itu, gambaran setitis azab neraka-Mu…. keampunan maghfirah-Mu , redha, rahmat kasih sayang-Mu ku mohon.
En.AbgUstaz…. kain baju kat rumah dia yang basuh, klu minggu tu dia sibuk, memang tak berbasuh la…. klu baju dah basuh, baju tak berjemur…. klu tengok dia memang benar2 penat, demam, sakit…. baru lah sy buat kerja tu.
En.AbgUstaz… makan, minum….. ala kadar jer, tak mewah lauknya…. apa lauk kat rumah dia terima sahaja…. tak pandai nak makan , order makanan kat luar…. klu beli makanan,masa balik kerja…. nasi ayam, senang nak order…. (pernah pesan nasi TOMATO , dia bawa balik nasi ayam juga…. kan dalam tu ada TOMATO… kira nasi TOMATO la tu.)
En.AbgUstaz….. dengan anak2 pun ok jer.
'Confess' ke laut la pula…. nak 'confess' pasal marah sebenarnya…. jangan marah ya.
*bintanghati♡
– bintanghati