Aku yg asyik dok repeat paper – 12:35 PM

Aku yg asyik dok repeat paper

Macam tajuk kat atas ini. Tentang cgpa. Aku dulu masuk uia dgn STPM. MUET pun dapat band 3 jer. Masuk celpad, jadi prss dulu. Setahun lebih aku belajar bahasa inggeris sahaja. Hingga naik tepu otak aku dengan bahasa inggeris. Baru lah dapat masuk kos aku. Yakni jadi budak aikol (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws). Masuk jer kelas, aku tak paham pun apa yang lecturer ajar. Kalau lecturer tanya dalam kelas, memang ternganga je lah. Yg menjawab, budak2 matriks. Kami yg direct intake (pelajar lepasan STPM/diploma) selalunya terpaksa bertungkus lumus study bagi memahami pelajaran baru ini.

Semester pertama, aku failed 1subjek. Subjek lain, semuanya C.. Frustnya, memang sangat frust. Bila semua kawan lulus. Aku pula kena repeat. Mana pikir tentang plan nak abis belajar dalam 4tahun, tapi gara2 EPT, aku dah abis setahun lebih macam tu jer. Takkan sebab repeat aku akan drag lagi masa study kat uia ni. Duit ptptn pula hanya dapat utk tempoh 4tahun. Memang serabut aku masa tu.

Semester kedua aku cuba catch up lagi. Bertanya pada rakan2. Mungkin salah aku, tanya pada yang xsudi nak mengajar. Tak mengapa lah, ilmu korang mahal sangat. Jadi aku cuba catch up sendiri. Namun nasib aku lagi, repeat lagi 1 subjek. Tapi bukan subjek yang sama.

Sepanjang aku study di uia, aku tak pernah cuti lama. Sistem dulu bukan macam sekarang. Dulu cuti sem yang paling lama adalah 3-4bulan jer. Masa tu lah buat short sem. Selalunya, pas exam, akan cuti 2-3minggu dan kelas akan bermula. Oleh kerana aku ni selalu repeat dan subjek law xditawarkan pada waktu short sem, maka aku ambil subjek ungs, bi and arab pada setiap short sem.

So, bermaksud aku nie setiap semester ada je subjek aku repeat. Cuma aku repeat berlainan subjek. Bukan subjek yang sama. Setiap kali aku repeat, memang aku akan nangis. Aku dah berusaha. Buat ulangkaji, salin nota, jawab soalan2 sem lepas, xfaham aku akan bincang dgn kawan. Hinggakan kawan2 aku pun cakap, aku yg paling rajin. Tapi aku juga lah yang setiap sem repeat.

Memang bengang bila aku yg rajin berusaha, asyik repeat. Tapi kwn aku yg study last minutes akan score lebih dari aku. Siap dapat cgpa 3 and above. Aku ni, dapat cgpa 2.3/2.4. Menambahkan lagi bengang, bila rumate aku nie budak enms(economy), sentiasa dean list. Satu sem tu, masa aku berduka sebab kena repeat lagi, dia pun berduka. Kerana hanya lagi 2-3markah saja result dia akan dapat jd A+. Jadi dia begitu sedih hingga menangis2 dan tak dapat tidur. Dan siap bak g revise markah kat lecturer. Aku yang dengar pun jadi marah. Aku tiap2 sem kot terpaksa repeat. Dah sampai tahap lali. Dia kira patut bersyukur kerana dah dapat result yang baik. Tu pun xpuas hati lagi. Nie yg aku nak cakap xreti bersyukur nie. Aku pastu terus malas nak layan rumate aku bila bab result. Buat aku bengang jer.

Aku grad dgn cgpa 2.34. Dapat gak konvo. Aku teruskan dengan buat latihan dalam kamar (nak jd lawyer kena buat ni) selama 9bulan. Kawan yang sama buat latihan dgn aku, semuanya excellent. Master (bos) masing2 puji sebab dorang pandai. Aku? Masa nak failkan borang 1 pun dah tersilap. Masa nak longcall pun tersilap juga. Mujur master aku baik orangnya. Katanya kesilapan aku tu lah yang buat aku belajar. Akhirnya aku selamat diistiharkan sebagai peguambela dan peguamcara.

Kini, dah hampir 5 tahun aku bekerja sebagai peguam. Ada juga peguam2 muda di tempat aku yg DL, cgpa 3 and above. Most of them showing off tentang result cgpa masing2. Aku tak kisah pun. Sebab, bila diaorg ni ada masalah, aku yang punya cgpa kurang dari 2.5 yang akan bagi solution.

So, jangan ingat kalau cgpa tu rendah, korang takkan dapat keje atau keje lekeh2. Usaha tu yg penting. Rezeki Allah yang bagi. Maka bertawakal dan bersangka baiklah dengan rancangan Allah. Jangan nak emo sangat kalau asyik dok repeat. And jangan nak berlagak sangat lah kalau result gempak. Nanti satu masa, yg dapat cgpa rendah ni lah yang akan bantu korang. So sedar diri tu awal2.

– Cik Repeater

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *