Dara atau tidak???
As salam all, terpanggil untuk berkongsi pendapat aku berkaitan topik ni.
Mudah je, berbalik pada qada dan qadar dan keadilan Tuhan .Dan keadilan Tuhan tu tak terjangkau akal kau hikmahnya.
Jika kau lelaki baik adil lah untuk kau dapat jodoh yang baik yg terpelihara maruahnya.Tapi kau jangan tetapkan itu syarat yang wajib dalam kau memilih jodoh.Tak wajib untuk kau merisik calon isteri kau ada dara ke tidak,sedangkan Tuhan dah tutup aib dia.Dalam hal ini,jika kau di uji dengan mengetahui isteri kau tiada dara pada malam pertama,redha, sabar, dan tersenyum lah Tuhan sangat sangat sayangkan kau.Pasti di sebalik ujian kau di beri kebaikan baik di dunia dan di akhirat.Tugas kau maafkan isteri kau atas kesilapan dia pada masa lalu,ingatlah isteri tu hanya pinjaman dalam bentuk ujiaj buat kau.Didiklah dia mengikut bentuk acuan yang kau mahu.
Bagi lelaki yang pernah melakukan kesilapan dalam erti kata lain berzina,kau jangan lah putus asa.Taubat lah cepat,ingat segala nikmat yang Tuhan kau beri masa kau berzina.Tipu lah masa kau berzina kau tak bernafas,dah penat kau makan minum,kau check out hotel selamat ja kau drive balik rumah.Kau muhasabah,dalam kau bermaksiat padaNya,kau masih diberi nikmat nyawa,rezeki,dan keselamatan.Sayang gila Tuhan pada hambaNya.Rindu Tuhan nak dengar kau merintih bertaubat melebihi rindu emak pada anaknya.
Buat para gadis yang dah pun terlalai hilang mahkota,pesan aku sama lah cam perenggan atas.Bertaubat.Bila jodoh kau sampai,kau jangan cerita langsung kisah silam kau Suami kau tak ada hak tahu aib kau,sedangkan Tuhan kau dan juga Tuhan dia dah pun tutup aib kau.Kalau suami kau tahu jugak lepas malam pertama,kau terus terang dan serahkan nasib kau pada Tuhan.Tawakal bhai.Serahkan diri kau total pada Tuhan.Fuhh ,dahla kau dah taubat,tawakal lak pada Tuhan,gerenti Tuhan kan lembutkan hati suami kau,sebab dah memang qada qadar suami kau di beri ujian berjodoh dengan kau.Pasti dia leh tanggung sebab Tuhan dah janji tak akan beri ujian melebihi kemampuan hambaNya.
Aku nak tekankan buat para soleh dan solehah di luar sana,jangan sekali kali pandang rendah pada penzina dan pembuat maksiat.Tuhan benci dan murka perbuatan maksiat tapi Tuhan tetap sayang dan cintakan pelaku perbuatan.Kalaulah kau tahu ahli ibadat ujiannya riak dan takbur,yang bagi aku cukuplah sukar menjaga hati dari riak ni.Pelaku maksiat cukup setitik air mata ikhlas bertaubat,sampai ke langit kedengaran tangisannya.Hina dirinya bawak ke mati sentiasa terbayang setiap maksiat dan dosa baik dalam lena dan jaga.Lebih baik dari seribu tahun ahli ibadah yang di hujung nafasnya tertolak segala amal sebab riak dan sombong.
Kesimpulan, chill chill aja soal jodoh ni dapat dara ke tak.Ahh, masa kau dalam kandungan Tuhan dah tulis jodoh kau dara ke tak.Bila dah besar,di beri izin dan rahmat jadi soleh dan solehah,kau mula judge orang sana sini.Kau hamba buat cara hamba,jangan sibuk jadi Tuhan hukum orang.Soal hudud berkait tanggungjawab pada pemerintah,ni lain nya discussion.Yang aku dan kau yakin , Allah ampunkan segala dosa kecuali satu.SYIRIK.So,kalian jangan putus asa k dengan pengampunan Tuhan.InsyaAllah
– Hamba Tuhan