Hakikat Pegawai Khidmat Pelanggan

Nama aku Elaina dan aku merupakan salah seorang graduan dari universiti tempatan. Tujuan aku menulis confession ni adalah untuk berkongsi suka-duka (aku tak pernah suka, duka je banyak) kehidupan seorang pegawai khidmat pelanggan atau customer service di sebuah call centre. Ala..orang yang korang call kalau ada masalah service tu. Aku rasa tak ada seorang pun manusia yang sebenarnya nak kerja sebagai customer service ni kalau ada peluang kerja lain. Gaji memanglah okay, aku tak nafikan yang tu. Tapi stress yang akan kau hadapi teramat teruk. Dah la kau selalu dipandang rendah. Walau kau ada masters sekali pun, orang anggap kau kuli paling bawah. Walhal tak ramai yang tahu kebanyakkan companies meletakkan syarat minimum degree untuk jawatan customer service.

Berbalik pada kerja customer service ni, walaupun tahu risiko tekanan kat tempat kerja still ramai graduan yang pilih untuk jd CS ni sebab dah takde kerja. Lagipun kebanyakkan kerja yang gaji 2k keatas cuma kerja CS ni la. Tapi tak ramai pun yang tahan bertahun-tahun. Yang tahan tu memang aku respect. Selalunya sebulan dua dah nangis nak berhenti. Kat tempat kerja calls volume sangat tinggi. sepanjang 8jam kerja kami tak berhenti angkat call. Nak pergi tandas, solat semua kena bergegas sebab masa anda Idle (tak jawab call) akan dikira. Ada yang solat zohor pukul 4 nak tunggu sekali asar. Sedih wei… So kalau korang call lepastu susah nak get through tu jangan lah CS jawab call je korang maki kami. Bukan salah kami kalau call volume tinggi. Kami nak berhenti bernafas and telan air liur sekejap pun dah dikira. Bayangkan dah letih sangat-sangat macam tu dapat customer terus maki korang? Down yang teramat sangat.

Lagi experience kat Call centre. Selalunya setiap call centre comply dengan PDPA act so memang akan tanya soalan pengesahan sebelum attend call. Dapat-dapat customer maki korang sebab tanya banyak-banyak soalan. Korang ingat kami nak ke? calls tu dirakam, kalau kami salah reveal info je boleh ke penjara. Pakej sekali dengan kena denda and buang kerja. Kami buakn saja-saja ank drag call. Takde sorang CS pun yang nak jawab call panjang-panjang. Tolonglah sekali faham kerja kami. Makan sumpah tu tak usah cakap la. Rutin harian. Kenyang dengan sumpah je. Dah tu dipanggil kuli, orang bawahan, bodoh, macam-macam lagi la.

Kitaorang CS ni faham kadang-kadang korang marah bersebab. Kami pun customers jugak. Tapi ketahuilah kalau korang maki CS yang attend korang tu pun, oarang atas langsung tak ambik peduli. Kami jelah yang kenyang makan maki. Kami dah cuba sedaya upaya expeditekan masalah korang, yelah kalau tak buat kerja kami jugak yang makan maki. Tapi selalunya diaorang buat bodoh je, sebab diaorang tak kena hadap customers. Aku pernah kot, siap dituduh makan duit haram. Sedih bukan kepalang. Tapi terpaksa jugak hadap sebab nak cari duit. Kalau dapat customers baik mood pun okay nak jawab call. Bayangkan sehari kami jawab dekat 200 calls. mampu? dalam 200 tu 150 memang sah mengamuk. Bukan sehari tau macam ni, hari-hari.

Salah satu sebab customers kurang hormat CS ni sebab dia orang ingat CS ni semua manusia losers yang sekolah pun tak habis. Sebab tu sikit-sikit je tak nak cakap dengan CS. Nak cakap dengan manager je. Yelah kami ni kuli bawahan, Walhal budak masters belambak kerja Call centre. Aku ni hari-hari bangun tidur stress sebab mood nak pergi kerja 0. Nak berhenti takuit takde kerja. Terpaksalah hadap jadi temapt makian dan kejian. Tu jelah akau nak cakap.

– Elaina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit