im not talking about others. jadi ini kisah aku –
aku lepasan spm 2016. I sit for 9 subjek. keputusan spm memuaskan aku menyumbang 4A kepada sekolah dalam subjek math, sains, agama dan sejarah. 8 kredit kecuali 1 subjek – addmath ( I got D )
berbekalkan keputusan itu aku mohon UPU. alhamdulillah keputusan UPU (first intake) akhirnya keluar. aku dapat tawaran ke IPTA nun jauh di timur. aku gembira. namun langit tidak selalunya cerah. aku telah tersilap langkah. setelah dikaji kembali tentang kos di bawah bidang perhotelan itu perasaan gembira tadi semakin pudar dan meluntur. akui salah sendiri. aku tersalah pilih kos. aku terbaca satu blog. she said “bukan semua orang dapat peluang pi IPTA, tak minat takpa minat kemudian boleh pupuk” lama aku fikir, sehabis masak juga aku fikir. membayangkan pun taknak. aku tak rela jika teruskan. it’s my future. NO! aku tak sanggup perjudikannya!
sedih bukan kepalang. walaupun family marah pada mulanya tapi syukur mereka tidak memaksa. walau payah namun dengan rela hati aku menolak tawaran ke IPTA khas bumitera itu. tipu lah kalau tak cemburu tengok kawan-kawan, classmate masuk gambar kat ig pergi sambung belajar. tapi semua tu aku tolak tepi. I pray for their happiness and said “lek aku menyusul. masanya belum sampai lagi”.
somehow aku rasa menyesal sebab tak apply, beli no pin matriks kalau tak mesti dapat sebab result ok (my mistake – aim takkan dapat kalau mintak pun sebab result trial hancur) but I know tak baik menyesal. semua yang jadi mesti ada hikmah. I believe Allah know’s what the best for me.
masa panjang yang ada buatkan aku belajar untuk redha dan syukur. satu hari Allah gerakkan hati aku untuk bukak laman web poli. tak sangka pun boleh terus apply politeknik second intake. alhamdulillah dapat tawaran kos akauntansi bulan 7 lepas keluar keputusan. but I still wanted to try apply UITM juga (doakan saya semua) masa ambik lesen tahun ni aku jumpa sis umur 19 tengah tunggu nak masuk degree and jumpa bro umur 21 tengah tunggu nak masuk degree juga. suddenly benda ni buat aku berfikir sesuatu.
ya, sesuatu.
lepas solat Allah gerakkan hati aku pula untuk google pasal matrix. I wanted to call them nak tanya still ada peluang tak if spm batch 2016 nak join kemasukan adik-adik batch 2017 sekali nanti. yelah, matriks1 tahun = form6 2 tahun = diploma 3 tahun
kalau masuk matriks dah jimat masa dan duit berbanding diploma. wallahua’lam. I ask Allah to guide me dan tunjukkan jalan yang terbaik. aku nak buat mak ayah bangga. aku dah berjaya dalam hidup. aku nak berjaya dunia dan akhirat.
some advice from me – budak baru nak up
1) kalau tak mampu jangan teruskan
2) kalau sangsi minta pendapat
3) tak salah mencuba – apply! bedal je
4) kewangan tak mampu jangan gedik nak masuk IPTS nak fikir pun jangan. think! why they hantar-hantar surat, call you pelawa suruh masuk IPTS mereka.
5) pray for others happiness. jangan iri hati dengan orang
6) kalau rasa terganggu juga – sila unfollow ig/twitter individu tersebut walau kawan korang sendiri
– gadis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit