Hidayah dr Allah – 10:12 AM

Hidayah dr Allah

Bismillahi rahman arrahim.

Aku nak cerita kisah perubahan hidup aku. Dulu aku agak malas bab2 islam ni. Solat malas, baca quran malas. Tapi alhamdulillah, disebabkn ada didikan agama fardhu ain, aku aware tentang Allah. Dia mcm kita tahu Allah, tapi kita tak hargai Dia. Kita tak cinta Dia, sebab tu la malas.

And setelah beberapa perkara yg berlaku, baik dan buruk menyebabkan aku rasa mcm nk amik serious pasal islam. Alhamdulillah, aku balik pd islam sbb Allah beri nikmat tak putus2. Mula2, aku dpt kerja tanpa perlu interbiu (which aku mmg fail, introvert). Aku tahu ini semua dr Allah, maka kerana aku rasa sgt bersyukur, aku stat jaga solat. Slow2 la tp. Pastu aku jd malas balik.

Then, Allah bg ujian perasaan. Aku diuji dgn perasaan marah. Tak pernah sehari pun kawan aku xbuat aku marah. Padahal menda simple je, tp aku marah. So dia mcm xtenang la hidup. Aku xnk jd pemarah. So stat tu aku balik semula pd Allah.

Pastu Allah rezekikan aku dpt gi umrah walaupn aku xpenah berniat sgt nk gi. Tp bila dpt peluang, aku seronok gak la. Niat aku nak gi umrah sbb nk doa aku makbul. Org kata dekat sana insyaAllah doa makbul. So aku start buat list doa. Segala mcm duniawi ukhrawi semua aku nak doa. Dan smpai sana, aku buat segala mcm amalan yg aku boleh buat sbb kat sana kan pahalanya lebih besar. Doa tak payah ckp, berjela2.

Tanpa sedar, aku dpt rasa nikmatnya ada Allah. Selama ni buat xikhlas sgt. Tp gi sana, baru aku tahu mcm mana rasanya buat dr hati.

Starting aku xcantik, sbb da kena sogok2 dulu baru nak balik. Padahal nikmat yg Allah beri tu tak terhingga da. Tak bersyukur punya makhluk. Moga Allah ampunkan aku.

Tapi tak habis lg, aku mungkin da start cinta Allah tp aku masih tak berapa takut Allah. Allah Maha Penyayang. Tapi kita manusia kdg2 ambil kebaikan Allah sambil lewa. Masa kat umrah ada la beberapa perkara jd kt aku, n semuanya sbb aku ikut perasaan sgt. Aku kan da start jd pemarah, so perangai tu belum wear off lg dr diri aku. Aku sakitkn hati family aku. Pastu of kos Allah byr cash, aku uzur solat. Aku rasa mcm tu tanda Allah tak nak jumpa aku. Tapi sbb aku masih sombong, aku mcm 'kenapa kau bg aku uzur, sedangkn aku ni nk dtg balik kat kau?' N mcm2 la ayat jahat2 yg aku tak nak tulis. Bodoh betul aku. Tak sedar diri. Kalau aku sabar, mesti lebih baik. (Well, nyesal camne pon aku yang salah. Moga Allah ampunkan dosa aku!)

Tapi deep down aku tahu, kalau aku sombong pon aku yang rugi. So balik dr umrah, aku mula jinak2 dgr tazkirah. Tmpt keje aku ada wifi, so setiap hari, aku habiskan waktu aku buat kerja sambil dgr tazkirah dr utube (pakai earphone je, sambil2. Drpd dgr lagu baiklah kita dgr tazkirah). Aku byk dgr ustaz abdullah khairi dgn ustaz wadi anuar. So dgr pasal akhirat sambil dgr pasal Allah dan rasulullah sikit sebanyak ubah point view aku tentang semuanya.

Pastu aku stat nk tadabbur quran, so aku stat baca translation quran. Pergh, mmg life changing. Cubalah sendiri. Then u know what i mean.

Pastu, aku try bukak random2 page, nak tengok apa yg Allah nak nasihatkan aku. N setiap kali bukak, aku hanya baca yg berkaitan neraka. Astaghfirullah, aku rasa sedih sgt, takut Allah ckp aku ahli neraka, so aku minta Allah guide, apa yg sebenarnya aku kena buat tuk berubah jd lebih baik. Berdasarkan video2 utube yg aku dgr beberapa waktu tu n also somehow aku end up pd kisah hari sabtu dlm Surah al-a'raf ayt 163 n keatas xslap, aku rasa, Allah nak aku ubah diri aku dan dlm masa yang sama, berpesan2 pada kebenaran.

Jadi, saudara2 ku sekalian, marilah kita kembali kepada fitrah hati kita, penuhkan dia dgn cinta dan takut pd Allah.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dlm kerugian." (Qs al-asr 103: 1-2)

Luangkan lah waktu2 lapang kita dgn menuntut ilmu dan perkara kebaikan. Tak kenal maka tak cinta kan. Jadi luangkanlah masa untuk kenal Allah dan kekasihnya rasulullah SAW. Supaya kita sedar betapa hebatnya cinta Allah terhadap hambanya. Supaya kita menjadi orang2 yang berjaya dan menang.

"Allah is able to give you the whole ocean, so dont settle for drops. Seek in Him, and you'll always find" -Yasmin Mogahed.

Beruntung lah mereka2 yang diredhai Allah, moga2 kita diantaranya. Dan moga2 kita mencari kesempurnaan iman dan diperkenankan Allah kesempurnaannya.

Allahumma aamiinn.

Yg baik dr Allah, yg buruk itu dr kelemahan diri sy sdiri ats izin Allah. Mohon ampun salah silap. Tegurlah jika ada. Moga2 kita sama2 dpt berubah menjadi yg lebih baik demi Allah dan agama islam.

I pray for your soul never let yourself go! Aamiinn..
Titipkan doa buat aku juga ya. Moga2 kita semua terus istiqamah dalam mencari redha Allah.

– Hamba Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *