roomate dan shopping – 7:54 PM

roomate dan shopping

Kawan dan shopping

Saya pelajar ipta, saya ada kawan.kawan saya ni tajaan JPA sedangkan saya tidak menerima pape tajaan atau pinjaman ptptn dan kawan sy ni hobi dia shopping walaupun dia tak da duit.sangup berhutang piutang demi shopping… ni yang sy memang tak paham dengan perangai dia..dia suka beli barang2 berjenama sahaja dan suka makan tempat2 mewah walhal dia bukanlah daripada golongan yang senang.. serius x paham! Saya dah banyak kali nasihatkan dia berjimat cermat dan dia mengiyakan je. Alih2 dibelakang saya dia keluar shopping. Masalah kat sini.. kalo dia shopping dan habes duit tanpa menyusahkan saya tu tak per lah… ini tak. Biasiswa JPA dalam masa 2 bulan dah habes. Lepastu mulalah dia menangis,badmood, tak nak g kelas sebab xder duit.. saya jugakla tempat dia cari untuk dapatkan duit.nak pinjam duit sy..sy bagi sebab simpati dan setiap kali keluar saya yang belanja dia. Kalo jarang2 tak per.. ni dah macam saya ni famili dia plak kena sara dia. kalo sy ajak dia makan, dia cakap tak der duit..then its okay, sy belanja sebab dia kawan dan housemate saya.tapi sampai bila kan?? Saya pom tak mampu jugak nak tanggung. satu hari tu.. saya sengaja tak belikan makanan untuk dia sebab saya nak dia gunakan duit dia sendiri (y dia hutang) Disebabkan perkara macam tu dia boleh merajuk dengan saya dan tak bercakap.. serius saya penat layan karenah dia. Rasa macam tak nak je duduk rumah sewa dengan dia.sebab saya dah x larat nak nasihatkan dia dan dengar masalah xda duit dia. Satu je saya pesan..kalo kita bukan orang senang..jangan nak ikot gaya orang senang dalam berbelanja sebab kita ni student. Apa perlu saya buat?
#sharing pengalaman.

– sal

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *