Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan artikel ini untuk pengetahuan dan diharapkan pembaca dapat memberi komen komen yang membina lambang kematangan dan pemikiran dan idea yang bernas dalam menjadikan laman ini sebagai laman yang mempunyai ilmu dan nilai yang dapat membangunkan pemikiran kelas 1 dalam menjana tahap pemikiran untuk menjadikan rakyat Malaysia setanding dengan negara maju dan apa yang disampaikan dapat memberi kebaikan dunia dan akhirat.
Dalam dunia tanpa sempadan berbagai inovasi dalam mendapatkan maklumat senang diperolehi dengan satu taipan saja akan dipaparkan apa yang kita kehendaki. Semakin canggih dunia tanpa sempadan semakin hilang kewarasan. Kewarasan dalam pemikiran yang normal semakin hilang akibat dari ketaksuban materialisitik yang membelenggu kehidupan. Mendapat kekayaan dalam merealisasikan tuntutan nafsu sering mengasak dalam pemikiran manusia. Kita menjadi semakin gopoh dan sering tergelincir terperosok dalam lembah yang membawa kita kepada kemusnahan dan kehancuran. Bahkan kita terlalu leka mendapat kenikmatan sehingga kita tidak menyedari kita sudah terlibat dalam perkara yang mungkar.
Keghairahan dalam menerima suapan akan memberi kita satu kesungguhan untuk mendapat lagi tambahan suapan dan demi suapan sehingga menjadikan kita ketamakkan , perasaan ego dan kita tidak akan merasa puas untuk setakat itu saja . Secara psikologi perasaan manusia dan kehendak tidak akan merasa puas apa yang mereka perolehi. Perolehan ini dengan mendapat angka yang lebih besar dan keinginan itu akan bertambah dalam memenuhi keperluan kebendaan dan realistik untuk mendapat kemewahan secara kekuasaan .
Kekuasaan dan suapan adalah satu gandingan yang jitu dalam dunia globalisasi kerana kita akan berada dalam ambang pemikiran yang kita boleh mendapat apa yang kita inginkan bila kita mempunyai kuasa. Kita sebagai manusia mempunyai keinginan untuk kesenangan. Kesenangan yang menjamin kesempurnaan dan keselesaan hidup tetapi memperolehi dalam jalan yang tidak betul dan salah akan menyebabkan kehidupan kita bercelaru walaupun orang lain melihat kita dalam kesenangan. Perlanggaran sifat amanah dan prinsip sering diketepikan kerana kita beria ia untuk mendapat apa yang kita mahu. Kemahuan dan keperluan mendesak sehingga kita merasa tindakan kita itu betul walaupun dalam hati itu adalah satu perlanggaran hak asasi diri.
Hak asasi diri iaitu prinsip yang berada dalam diri kita yang kita telah kita ketepikan untuk menepis segala godaan material berlandaskan prinsip agama yang kita anuti. Kita membiarkan diri kita terus ghairah dan hanyut dalam perbuatan yang dilarang kerana apa yang kita fikirkan kesenangan hidup yang perlu kita rebut dan kecapi. Suapan yang kita perolehi mampu mengubah kehidupan kita kerana kita mempunyai kuasa untuk menentukan berapa yang kita perlu . berapa yang kita hendak dan berapa yang perlu dibayar. Segala keinginan kita dan tumpuan dalam kotak pemikiran akan mendorong kita mendapat hasil yang beratus kali ganda malah berjuta seiring dengan kedudukan kita.
Keperluan mendesak ini akan menyebabkan kita meraut apa yang dihidangkan dan apa yang diberi. Pemberian yang akan mengubah nasib kita atas dunia tetapi bukan nasib kita di akhirat. Manusia secara psikologi dan hakikat serta tingkah laku yang telibat dalam suapan ini akan mengubah persepsi ketaatan kepada kemungkaran yang akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Kehidupan yang sentiasa diekori perasaan bersalah dan ketakutan walaupun diselaputi kemewahan yang satu hari nanti kita akan dibuktikan oleh pihak berkuasa yang sentiasa memandang kita untuk disumbat ke penjara. Penjara yang memenjarakan tindakan kita, sikap kita, pemikiran kita yang di jeriji dengan besi besi yang akan menghadkan pergerakan kita setelah kita bebas melakukan kemungkaran. Itu belum di akhirat …
Itulah harga diri yang kita tidak terbayar kerana segala apa yang kita lakukan akan mendapat balasan. Bila sudah terantuk baru kita merasa sakitnya bila perbuatan kita berakhir dengan kehinaan. Intergriti dan prinsip kehidupan jalan yang lurus perlu dipertahankan walaupun berbagai dugaan dan cabaran sentiasa berada disamping kita dan godaan kebendaan sentiasa akan mengekori kita sehingga kita hilang kewarasan kerana kita mempunyai musuh durjana iaitu setan yang membisik halus ke telinga dan hati kita.
– Pemikir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit