DaebaKing: Statement

Salam sejahtera pembaca IIUM confessions semua. Saya merupakan admin dan founder untuk Facebook page DaebaKing dan confession ini merupakan reply kepada confession “Teguran Kepada Admin Page” tempoh hari.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya video-video yang dikeluarkan oleh DaebaKing mewujudkan rasa kurang selesa dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan. Segala teguran dan kritikan anda saya terima dengan hati terbuka untuk kebaikan kita semua. Tujuan saya membuat reply confession ini adalah untuk memberi pencerahan dan pendapat peribadi saya sendiri berkenaan video-video DaebaKing di Facebook.

Merujuk kepada confession tersebut, pertama sekali saya ingin memberi pencerahan bahawa saya bukanlah admin beragama Islam seperti yang disebut confessor tersebut. Saya hanyalah seorang bangsa minority dari Sarawak yang sekadar mengisi masa lapang mengedit video untuk hiburan rakyat Malaysia.

Saya juga memahami sepenuhnya tindakan dan pendapat confessor tersebut yang hanya ingin mengingatkan saudara sesama Islam. Saya tidak mengambil hati dan menghormati tindakannya tetapi saya berasa terpanggil untuk membuat reply confession ini selepas confessor menyebut nama page DaebaKing sebagai contoh walaupun pada awalnya menyatakan tulisan itu adalah untuk admin yang beragama Islam sahaja.

Untuk pengetahuan pembaca, video-video DaebaKing rata-ratanya menggunakan video dari rancangan Saturday Night Live (SNL) Korea yang mempunyai rating 19+. Ini bermaksud video tersebut hanya untuk tontonan mereka yang berumur 19 tahun dan keatas. Disebabkan itulah kebanyakan video tersebut menggunakan bahasa yang agak kasar dengan lawak yang agak keterlaluan. Tetapi saya juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penyebaran video tersebut di media sosial.

Tujuan sebenar saya membuat page DaebaKing adalah untuk mewujudkan satu medium untuk membantu adik saya mempromosikan perniagaan onlinenya untuk mendapatkan wang tambahan. Disebabkan saya pernah menuntut dan tinggal di Korea selama lebih 5 tahun, saya berusaha untuk mengalih bahasa video tersebut dan mnyesuaikan dialog-dialog video tersebut dengan budaya Malaysia sekarang supaya senang difahami. Tetapi saya juga tidak menyangka bahawa video tersebut mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dan DaebaKing mula menjadi terkenal. Saya juga tidak mengharapkan sebarang balasan daripada penonton video tersebut dan cuma ingin berkongsi gelak ketawa dengan rakyat Malaysia kerana saya rasa saya dapat membantu menggembirakan mereka hanya beberapa minit video tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, saya sendiri juga cuba untuk memahami dan cuba mengelakkan diri mengupload video yang mempunyai unsur-unsur sensitif dengan budaya Malaysia. Saya pun taknak menyentuh berkenaan iman dan agama kerana saya sendiri juga bukanlah arif berkenaan agama Islam. Pengetahuan Islam pun saya dapat hasil daripada perbincangan dengan roommate sepanjang saya menetap di Korea dulu di samping pengalaman saya menjadi wakil pelajar di sana. Daripada cara mencari makanan halal di Korea sampailah cara menentukan arah kiblat. Sampai sekarang saya masih ingat semua ajarannya berkenaan Islam dahulu. Thank you Wak Jie!

Disebabkan itu juga saya mengambil keputusan untuk stop video sepanjang bulan puasa untuk menghormati peminat DaebaKing yang kebanyakannya beragama Islam. Tetapi sekiranya satu hari nanti saya secara tidak sengaja menyentuh berkenaan isu yang sensitif, diharap ada pihak menegur dan menasihat.

Disebabkan confession itu juga saya akan berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahasa yang kurang sopan di samping cuba untuk menghidupkan lawak video tersebut sesuai dengan budaya Malaysia. Seperti slogan kata DaebaKing, “행복은 웃음이다!” yang bermaksud “laughter means happiness”, saya akan berusaha untuk memberi kegembiraan melalui video-video lawak DaebaKing.

Yang benar,
Admin Yang Ditegur

– Admin DaebaKing

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit