Adab Kembara di Jepun

Assalammualaikum WRWB. Tak sure sama ada confession ni diterima atau tak, tapi sekadar mencuba nasib, Untuk perkongsian bersama. Kalau disiarkan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Saya telah ke Jepun lebih daripada sekali untuk backpacking. Seperti yang selalu diwar-war, Jepun memang tempat yang bersih dan rakyatnya berbudi pekerti, cuma perlu bersabar dengan tabiat mereka yang suka berjalan laju, sesuatu yang sangat wajar dicontohi rakyat kita.

Jadi bila saya terbaca tentang kisah 3 rakyat kita membuat onar di Osaka baru-baru ini, saya amat sakit hati, kerana kita tak tahu impaknya. Buat masa ini, rakyat Malaysia boleh ke Jepun tanpa perlu memohon visa. Apa yang bakal jadi jika polisi ini ditukar?

Jadi saya sekadar nak berkongsi perkara-perkara yang wajib kita tahu sebelum kita ke Jepun:

1) Tiada istilah “bawa wang secukupnya.” Sebolehnya bawa wang 20,000 yen ke atas lebih daripada bajet kita. Sebab, imigresen Jepun boleh arahkan kita pusing balik ke Malaysia jika kita tak boleh tunjuk kita bawa wang yang cukup. Kita boleh disyaki hendak overstay atau bekerja secara haram di sana. Satu lagi sebab kenapa perlu bawa wang yang cukup – supaya jika terjadi kes macam 3 rakyat kita yang terlepas kapal terbang, duit lebih yang kita bawa tu lah yang kita boleh guna untuk beli tiket atau menginap di hotel.

Ada sesetengah orang yang berdegil dan cakap duit banyak tu lebih elok disimpan dalam bank dan boleh dikeluarkan di Jepun. Ya, memang ada risiko hilang. Tapi nak pastikan survival di Jepun, memang begitu lah. Satu lagi sebab kenapa wang lebih ni penting – sebab sekiranya kita terpaksa ke klinik or hospital di Jepun, kos yang perlu ditanggung sangat tinggi. Tak cukup dengan ambil insurans sahaja.

2) Kaji sistem pengangkutan di Jepun secara teliti. Ramai yang terlebih yakin mampu meredah di Jepun tanpa perlu buat proper research. Bila tak buat research, orang-orang ni definitely akan terpaku dengan betapa kompleks sistem pengangkutan di Jepun. Rugi masa, rugi duit, rugi tenaga, sebab kita akan ambil lebih masa & kos untuk tiba di destinasi. Ini yang saya rasa antara punca kenapa 3 rakyat kita tu boleh tak cukup duit dan lepas tu tertinggal kapal terbang.

Complexity peta tren di Osaka, Jepun

 

pastikan naik bullet train yang tepat

 

ini bukan shopping mall, tapi Osaka Station

Buat masa ini saya lihat masih ramai orang Malaysia yang meremehkan tentang research. Percaya lah, merantau di Jepun bukan seperti merantau di Malaysia.

3) Jaga adab & tatasusila kita.
– Jangan sesuka hati ambil gambar tanpa izin – khususnya gambar kanak-kanak. Orang Malaysia ramai yang buat begini. Penat kita nasihat. Orang Jepun sangat menghargai privacy. Ada kes pelancong nyaris ditahan sebab mengambil gambar orang Jepun tanpa izin.

Kenapa kita boleh ambil gambar orang tanpa izin di Jepun

– Jangan bercakap dengan suara yang kuat, tak kira di mana kita berada. Lagi-lagi dalam tren, bus dan pengangkutan awam lain. Cukup lah dengan berbisik.
– Jangan lakukan vandalisme. Tak kisah lah apa pun – tumbuk dinding ke….apa pun elakkan lah…
– Jaga kebersihan. Yang ni memang perlu teliti, sebab bila kita tengok betapa hebatnya orang Jepun jaga kebersihan, kita pun jadi rendah diri. Asingkan sampah kita. Kalau nak buang Maggi Cup, buang dulu sup dlm sinki, bersihkan, baru buang cup du dlm tong sampah. Sampai sekarang saya tak boleh hadam apa orang tu fikir boleh buang air besar dalam bilik shower.

Confession ni mungkin agak panjang. Tapi saya rasa ini isu yang sangat serius. Buang lah sikap pentingkan diri. Jangan disebabkan perangai sesetengah kita, ia akan menyusahkan orang lain. Jaga nama agama, bangsa dan negara.

– Muhammad K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit