Bacaan Dalam Solat – 2:55 PM

Bacaan Dalam Solat

hai abg min dan kak min semoga sihat hendaknya dan tidak lupa kepada members iium confession.

Aku nak kongsi sedikit cerita aku di mana aku rasa cerita aku boleh dijadikan pengajaran dan peringatan kpd kita semua.

Aku nak nasihat dan ajak korang semua untuk sama2 kita tengok balik bacaan kita dalam solat.Antara sebabnya adalah aku telah membuat kesilapan selama ni dalam solat rupanya dalam bacaan duduk antara dua sujud.Bacaan penuh duduk antara dua sujud adalah RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.

Tetapi dalam solat aku sebelum2 ni aku baca RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI. Nampak tak dua sebutan aku tertinggal iaitu "WARFA'NI WARZUQNI". Tapi aku tak tahu bila aku start tertinggal pekataan tu. Mungkin sebelum ni aku solat celup2 je kot. Malunya aku rasakan,harap je aku pergi sekolah agama tapi benda cmni aku trtinggal dan solat celup2.

Aku perasan kesilapan aku ni sewaktu 2 3 bulan yg lepas yang mana aku mula sedar bahawa aku perlu berubah dan cukupkan solat aku 5 waktu dan smpai sekarang aku tetap berusaha lawan sikap malas solat. Dan pada waktu inilah hati aku tergerak yang aku seperti ada kesilapan dalam bacaan solat. Alhamdulillah aku perasan akhirnya kesilapan bacaan aku dimana.

Jadikanlah kesilapan aku ni sebagai pengajaran.Sama-sama kita perbaiki solat kita untuk yang lebih baik..

sekian
-insan tersedar

– afiq

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *