Teman lelaki
Okay aku tahu korang tengok tajuk pon mesti rasa apa yang aku nak confess ni cliche. Harap admin post aku punya confession.
Kenapa tajuk dia teman lelaki? Okay macam ni cerita dia, aku ni pelajar ipta kat selatan (bukan uia, sorry sebab confess kat sini) dan Alhamdulillah mempunyai transport sendiri iaitu kereta atas ihsan mak bapak aku sebab risaukan aku walaupun sebenarnya aku mintak motor ja.
Mak ayah aku bukannya kaya sangat pon tapi Alhamdulillah mampu penuhi apa yang kami adik beradik perlu dan nak. Mak ayah aku belikan aku kereta secondhand dan kereta aku ni selalu buat hal yela dah nama pon secondhand. Aku selalu rasa bersalah bila kereta aku rosak sebab duit ptptn aku cukup cukup bayar yuran dan cuma ada baki rm2++ ja.
Ouhh lupa pulak, aku ni budak engine. Tapi bukan mekanikal or teknologi kejuruteraan la jadi aku taktau banyak sangat pasai kereta ni. Time cuti study week sebelum final, aku selalu call mak aku mengadu yang aku nak balik penang tapi satgi tak study (walaupun cuti study week takda la study sangat pon), dan time tu jugak kereta aku rosak sebab alternator apadia taktau. Pastu mak aku pon suruh la aku cari teman lelaki.
Elok elok cakap pasal kereta, mak aku dah tetiba masuk pasal boyfriend ni. Aku dah lama single dan last aku couple pon time sekolah dan family aku pon tau yg aku dah break dgn ex aku bertahun dah. Mak aku pon cakap, pi la cari budak mekanikal ka automotif nanti boleh tengokkan kereta dengan lya(sebab aku sorang sorang kat selatan ni, takda saudara dekat, kawan satu negeri pon takda sebab aku yg mintak nak belajar jauh jauh). Aku pon dah macam jammed apa kaitan budak mekanikal dgn kereta aku? Pastu mak aku cakap la dah umur 21 dah, pi la cari bf.
Tapi masalahnya aku tak minat la benda benda macam ni. Memang la aku ada perasaan tertarik kat lelaki, tapi entah la rasa macam malas sebab lelaki zaman sekarang bukan nak mengata nah tapi depa ni suka test market. Perempuan ni nak lelaki yang betul betul serius sampai kahwin. Tapi setakat ni aku tak jumpa pon, last aku kenai kenai dgn lelaki bulan 10 dulu pastu aku pon dah malas fikir pasai jodoh ka bf ka.
Tapi mak aku ni besa la mak mak kalut betoi takut anak dia jadi andartu. Lagi nak dekat final aku, lagi la dia dok cakap pasai ni. Time final, aku call nak habaq yang ada paper aku tak berapa nak boleh jawab pon satgi dia masuk pasai tu.
Walaupun roommate aku dah kahwin, orang sekeliling aku ni banyak dah kahwin muda dan cousin aku tua setahun dah nak kahwin bulan 3 ni(sebab tu mak aku dok sibuk suruh aku cari bf) aku tak rasa nak kahwin or ada bf. Bagi aku benda relationship ni macam semak sikit time belajar ni. Sebab lepas aku kena friendzone dgn mamat yg aku baru start kenai bulan 10 tu, aku terus demam seminggu.
Lagi pulak benda relationship macam couple takpon kahwin ni perlukan komitmen antara dua orang dan sebenarnya aku tak suka pon kat sapa sapa kat u aku tu walaupun budak budak universiti teknikal ni handsome handsome belaka. Entah la aku rasa maybe sikap diorang tak menarik perhatian.
Benda ni sebenarnya agak stress sebab mak aku dah start bising bising pasai ni sejak masuk tahun 2016 dan aku pulak nak fokus belajar dan nak capai dulu impian aku sebelum kahwin or ada bf sebab ada bf ni perabis duit ja sebab ex aku semua kaki kikis dan aku sampai trauma nak start relationship sebab takut kena tinggai walaupun relationship tu bertahun tahun.
– Lya