Aku dan Rezeki

Assalammualaikum w.b.t
Terima Kasih Admin jika kisah aku ini dipaparkan. Buat yang sudi membaca, jadikan sebagai panduan dan tauladan.

Ini kisah aku, kisah rezeki yang Allah bagi. Untuk pengetahuan semua, aku seorang perempuan, isteri, ibu, anak, menantu, kakak dan aku juga seorang adik perempuan.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Anak kedua dari enam adik beradik. Ayah aku seorang penjawat swasta, bukan pangkat executive. Mak aku pula seorang suri rumah tangga dan seorang peniaga kecil-kecilan. Apa sahaja yang boleh buat duit yang halal, mak aku akan usahakan. Begitu juga ayah aku, walaupon seorang penjawat swasta, masih bekerja seharian walaupon sampai ke hening pagi. Kami dibesarkan dengan melihat jerit perih ayah dan mak membesarkan kami.

Aku bukan dikategorikan sebagai pelajar pintar. Tapi, aku kuat berusaha untuk lulus dengan cemerlang walaupon results UPSR hinggalah SPM aku kategori sederhana sahaja. Lepas habis sahaja peperiksaan SPM, aku cuba bekerja sampingan untuk membantu keluarga. Oleh kerana results SPM aku yang biasa-biasa aje, aku tidak ditawarkan dengan sebarang kursus di pusat pengajian tinggi ketika rakan-rakan ku sibuk memberitahu mereka berjaya mendapat tempat ke pusat pengajian tinggi. Maka, aku cuba bekerja. Macam-macam kerja aku cuba lakukan seharian, kerja di pump minyak, kedai gambar, syarikat perlancongan dan pernah juga menjadi guru tadika. Masuk kerja 7pagi, balik pula 7malam. Kemudian sambung bekerja dari 8malam sampai ke 10malam. Entah dari mana datang nya kudrat ku untuk bekerja seharian kalau bukan kerana mata ku yang selalu melihat kegigihan ayah dan mak ku mencari rezeki. Pendapatan purata ku hanya sebanyak RM1,200/sebulan ketika itu. Aku cuba membantu ibu dan ayahku untuk menanggung perbelanjaan harian keluarga dengan pendapatan yang aku terima. Dari sini, aku mula belajar erti kepayahan mencari sesuap nasi. Sedang kebanyakkan kawan-kawan aku menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi, aku terus bekerja mencari rezeki membantu keluraga. Ketika itu, 4 orang adik-adik ku masih berlaja di sekolah dan aku punyai seorang kakak yang sedang mengikuti pengajian nya di Univerti. Pastinya perlukan duit lebih untuk menampung pengajian mereka. Setelah bekerja selama setahun 2 bulan , aku menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam di Malaysia. Pasti nya khabar ini khabar yang paling gembira buatku dan seluruh ahli keluargaku. Dan aku pasti, khabar indah ini datang dengan doa yang tidak pernah putus dari kedua orang tua ku. Kerana jauh di sudut hati mereka inginkan aku menjejak kaki ke menara gading seperti jua kakak ku yang telah menjejak kaki terlebih dahulu.
Sepanjang pengajian ku dari peringkat yang rendah hingga lah ke peringkat Sarjana, aku isikan dengan ‘part time job’.
Setiap kali cuti semester pelbagai kerja part time yang aku lakukan. (Kerja yang Halal, Alhamdulillah ☺️) Ketika sedang dalam pengajian pula, aku mengambil peluang untuk menjadi rujukan pelajar-pelajar lain yang ingin ‘print’ assingment mereka dengan mengenakan charge yang lebih murah dari kedai cetakan yang ada (Aku gunakan loan PTPTN yang aku dapat dengan membeli komputer riba dan ”printer”. ) Atas darah yang mengalir dalam tubuhku dengan melihat mak mencari rezeki dengan berniaga, Aku cuba didik diri aku untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan walaupon aku sebenarnya belajar dalam bidang kejuruteraan. Tatkala rakan sebilik ku lena diulit mimpi, aku gigih ‘print’kan nota2 yang dipinta oleh ‘ ‘pelanggan’ku untuk mereka bawak ke kelas keesokkan pagi. Aku tidak pernah kenal erti lelah ketika itu, apa sahaja waktu, apa sahaja helai yang mendatangkan duit buat ku, aku cuba sedaya upaya untuk dapatkan. Pendapatan aku ketika itu, cukuplah aku kata kan untuk aku belanja apa sahaja yang aku inginkan sebagai seorang pelajar.
Minat aku berniaga semakin mendalam tatkala aku ke peringkat pengajian sarjana muda, aku mula ceburi perniagaan secara online. Pada mula nya hanya sahabat dan rakan-rakan online aku sahaja yang menjadi pelanggan. Tahun demi tahun, perniagaan ku bertambah maju sehingga aku dapat membuka sebuah kedai walaupon ketika itu aku masih bergelar seorang pelajar. Pendapatan yang aku perolehi tidak lah banyak mana , sekadar cukup-cukup untuk keperluan ku dan keluarga. Dan
pendapatan ku ini memboleh kan aku membantu ayah dan mak membaik pulih rumah, membantu mak ku untuk membeli keperluan rumah, perbelanjaan majlis perkahwinan ku, untukku membayar downpayment kereta ku, bercuti ke beberapa negara luar dan pasti nya untuk infaq ke jalan yang diredhai Allah.
Aku percaya perniagaan ku berkembang maju atas doa yang tidak putus dari kedua orang tua ku dan aku percaya tatkala ‘engkau memberi sebahagian dari pendapatan mu kepada kedua orang tua mu, pasti ganjaran berlipat kali ganda akan engkau terima’. Dan percayalah Allah akan membayar Cash atas usaha mu itu bukan esok, tapi sejurus keredhaan orang tua mu itu kedengaran oleh yang Maha Esa. Dan aku sangat berterima kasih dengan sokongan keluarga ku yang tidak berbelah bahagi sepanjang penglibatan ku dalam dunia perniagaan ini.

Latih lah rohani mu, selalulah berfikiran positif dan ikhlas kan hati dengan setiap perkara yang dikerjakan , insyaAllah ada ganjarannya buatmu nanti…

Akhiran ku, aku hanya budak biasa-biasa yang tidak punya apa, yang cuma inginkan ibu dan ayah ku gembira selalu. Bahagiakan lah orang tua mu kerana bahagia mu pasti akan menyusul.

– Aku budak biasa-biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit