Dunia bekerja by Cik Repeaters
Aku dan alam pekerjaan. Seperti biasa, jika masa belajar, aku bukan tergolong antara orang yang belajar sikit jer tapi result gempak. Masa cari kerja, aku tergolong dalam golongan yang lambat dapat kerja. Ada hikmahnya aku jadi golongan tersebut.
Selepas aku grad. Oh ye, aku menamatkan pengajian aku di short sem. Masa tu, dah berderet-deret kawan aku mulakan chambering (praktikal sebelum jadi lawyer). Dalam FB ni, newsfeed aku penuh dengan status kawan-kawan yang telah mulakan chambering. Aku pula?Baru nak mencari tempat chambering. Setelah 10 tempat aku interview dan dengan jayanya aku tak dapat mana-mana firm/company pun. Masa tu, aku dah malas dah nak jadi lawyer. Namun besfren aku pujuk untuk cuba nasib di tempat dia chambering. Alhamdulillah, aku berjaya dapat tempat chambering. Perit gak masa chambering, mana dengan aku selalu buat silap, elaun pun sikit jer. Masa mula chambering, aku dapat RM300 jer, nak abis chambering baru dapat RM500. Masa abis chambering, bangga giler weh..Kesusahan aku masa chambering berbaloi akhirnya.
Namun, aku mungkin berbahagia lebih awal dari yg seharusnya. Allah menduga aku sekali lagi pabila aku mencari kerja. 6 bulan aku tercari-cari kerja. Berkali-kali aku pergi interview. Namun, semuanya gagal. Aku kemudiannya tekad. Tekad untuk jadi seorang kerani. Biarlah aku bermula dari bawah. As long aku dapat pengalaman. Aku mohon kerja di satu pejabat guaman. Aku guna result STPM. Interview aku dijalankan dalam bahasa inggeris. Bos aku ada bertanya apa aku buat dalam masa 6tahun (jarak dari lepas STPM hingga ke hari interview). Aku beritahu yang aku menjaga ibu yang sakit (sememangnya ibu aku sakit ketika itu). Aku diterima bekerja di pejabat peguam itu, antara alasan bos terima aku bekerja, aku boleh berbahasa inggeris dengan sangat baik. Siapa cakap MUET band 3 tak boleh berbahasa inggeris dengan lancar?
Aku bekerja disini tanpa seorang pun mengetahui status pendidikan aku. Dihina dek kerani-kerani senior, maklumlah aku ini junior. Walhal dihadapan mata aku, diaorg dengan lawyer junior, baik giler. Tapi, ada juga kerani yg baik hati. Mengajar aku tanpa lelah. Aku pula sehabis mungkin cuba buat yg terbaik. Disini aku dapat rasa, apa perasaannya jadi seorang kerani, seorang despatch dan seorang receptionist. Itu belum citer bab jumpa junior lawyer yg berlagak giler. Instruct kita macam dia jer yg bagus and pandai. Masa tu rasa nak cakap jer, "WOi! Aku pun sama level education dgn kau tahu tak? Tak payah nak kerek sangat". Tapi, tak guna nak lawan dgn orang mcm tu. Aku pun diamkan diri, buat jer kerja. Aku akhirnya berhenti kerja kerana aku inginkan pengalaman sebagai seorang lawyer (sepanjang aku jadi kerani, aku masih berusaha hantar resume utk position lawyer), akhirnya ada yg tawarkan aku utk jadi lawyer.
Bertukar tempat kerja bukanlah mudah. Banyak cabarannya. Aku sendiri akui, bukan mudah cari kerja. Tapi ada rakan aku dahulu, berkata "Eh, senang jer lah cari kerja. Saya nie, berhenti kerja, pastu apply sekali, tros dapat. Sapa kata susah dapat kerja, senanglah". Aku rasa, orang macam ni, patut kena sepak dengan kaki saiz 5 aku nie. Kalau tengok dalam sent item kat email aku nie, berates-ratus email aku hantar untuk apply kerja. Tanpa jemu aku cuba nasib aku. Aku bukan memilih kerja, aku cuma mahu ayah aku berbangga dengan anaknya, yang dia punya anak bekerja sebagai lawyer. Kadangkala, disaat kita jatuh, kekuatan kita adalah keluarga.
Gaji aku, bermula dari RM300, naik ke RM500, dah kerja pun dapat RM1,400 jer.. Dah jadi lawyer, dapat RM2,500 dan kini, adalah baru nak selesa sikit. Rasa bersyukurnya, Allah sahaja yg tahu. Menangis tengok bank statement bila first time dapat gaji.
Jadi, tak perlulah nak give up bila baru sekali dua apply kerja, tapi tak dapat. Tak usah lah nak emo nak rasa rendah diri bila kawan-kawan lain dulu kerja dari diri tu. Cuba compare diri tu dengan orang yg beratus-ratus kali hantar email. Berpuluh kali pi interview. Kerja nie rezeki. Usaha lah dan bertawakal lah. Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan berusaha. Yakin lah tentang itu. Pada yg telah melalui segala kesusahan ni, bila kau ada masalah , kau akan jadi tenang jer bila nak cari penyelesaian. Sebabnya, kau telah tabah. So, dun give up. Kalau aku boleh, korang pasti boleh. Insha-Allah.
– Cik Repeaters