Keajaiban Tahajjud
Salam admin,
Saya ada baca seorang sis/bro yg tanya tentang pengalaman dan kaifiat tahajjud yang pernah dialami. Saya sekadar berkongsi pengalaman peribadi dalam beberapa stage hidup saya, mudahan jd inspirasi untuk kita semua sama-sama istiqamah untuk bangun tahajjud.
1. Masa saya dah almost nak hbis study degree, saya buat kepuusan bertunang dgn seseorang yg saya tak pernah kenal (arrangement pihak ke-3). Lelaki tu nak bertunang cpt sbb dia nak pegi buat phd di oversea. Saya tak penah kenal dia, tak kenal siapa kwn2 dia. Jd hanya media internet jd penghubung. Lama kelamaan saya perasan (melalui sosial media dia) komen drpd 2-3 perempuan berbeza yg berbaur 'mesra semacam'. Dlm tempoh 8 bulan bertunang, 3 kali kami tunda tarikh kawin. Saya mula nampak dia menipu apabila perkara2 yg dia katakan tidak konsisten (well, siapa yang ingat cerita-cerita tipu yg dia buat, kan?). Saya minta putus tunang tp dia minta diberi peluang. Lama-lama saya tawar hati dan saya bertahajjud, minta sungguh-sungguh "Ya Allah, aku tak kenal siapa sebenarnya tunang aku. Aku tak kenal kawan2 dia yg boleh aku risik tanya buruk baik perangai dia. Aku mohon Engkau tunjukkan siapa dia yg sebenarnya." then, 3 hari lps tu ada seorang pompuan dtg cari saya dan mengaku tengah bercinta dgn tunang saya, siap tunjukkan segala bukti komunikasi diorg yg berjanji nak kawin bagai. Saya? Dengan gembira, syukur dan penuh jimba putuskan pertunangan. Serius, saya tak sedih, tp syukur.Allah sgt baik.
2. Lps putus tunang, saya tahajjud minta Allah ganti bekas tunang dgn orang yg lebih baik, yang amanah, yg serasi, dan soleh dgn saya. "Ya Allah, aku tak pandai memilih dan menilai. Aku aku pilih, tentu aku pilih dgn pandangan nafsu yg melihat rupa, harta dan sebagainya. Jd, aku mohon Engkau pilihkan untukku suami yg soleh dan amanah, yg sesuai dan serasi." Sebulan lps saya putus tunang, course mate dulu hubungi dgn penuh gentle ajak kawin. Dah lah saya penah menyampah dgn dia sbb dulu saya nampak dia 'kerek'. Tp, saya kenal kawan-kawan dia (yang jenis baik-baik). Orang kata kalau nak kenal seseorang, kita tngok dgn siapa dia berkawan rapat. Mak ayah masing2 bg restu, kurang 3 bulan kemudian kami kawin. Alhamdulillah, urusan mudah dan tanpa pertunangan. Huh, rugi je 8 bulan bertunang sebelum tu kan? Kiki. Rupanya suami mengaku, dia 'berkerek' sbb nak nampak cool je bila nampak saya sbb dia suka saya dari 1st sem, 1st year study. Addeih….
3. Fasa nak sambung belajar. Tgh dlm dilema nak kerja atau nak bljr atau nak ada anak dulu. So tahajjud berkali-kali, beritahu Allah dilema; kalau belajar dan ada anak, mungkin pengajian agak terganggu dan kewangan mungkin tidak stabil. Kalau mengandung, aku akan kerja dulu, Ya Allah, supaya aku dapat sediakan perubatan dan rawatan untuk kandunganku dgn ekonomi yg baik. Aku mohon berikan aku jalan keluar." Sekali, 2 minggu lps tu saya positif mengandung, dan saya anggap Allah jawab soalan kepada dilema saya – saya kerja dulu.
4. Fasa sambung belajar. Duit simpanan tak banyak. Apply pembiayaan pengajian tp tak ada rezeki. Bangun tahajjud berkali-berkali. Mengadu pd Allah tentanh keadaan ekonomi rumah tangga, kegusaran hati bila rasa duit makin susut. Alhamdulillah, 2 bulan kemudian dapat offer scholarship drpd sebuah universiti ketika kebanyakan institusi sdg cut cost pd zaman sekarang ni.
Point nya:
-Mengadu dan berceritalah semua kesusahan hati pada Allah. Pandailah nanti Allah buat kerja Dia, jangan risau, ok.
-Solat mmg berat kecuali org yg khusyuk. Dan, tahajjud berkali ganda berat apabila kita bertarung dgn syoknya tidur. Selimut nipis boleh rasa seberat besi kebal bila nak bangun. Belum lg tambah dgn syaitan yg dok ikat tak nak bg bangun. Huhu. So, mulakan dgn azam. Kunci jam etc. Ada ulamak kata bila kita kurangkan kerja lagha dan dosa pd siang hari, insyaallah mudah bangun beribadat di malam hari.
-Jangan putus asa doa pd Allah. Ada ketikanya Allah tak jawab doa kita secara langsung mcm magik "pling!" gitu…sbb Allah ada cara kerja Dia yg tak sama mcm kerja manusia.
-Minta bantuan dan pimpinan Allah walaupun untuk kerja2 yg kita rasa remeh atau mudah. Semudah-mudah nak buat assignment atau kuiz, akan jd susah tnpa bantuan dan pimpinan Allah.
-YAKIN, YAKIN, YAKIN. bukan hanya percaya pd Allah dan kudratNya, tp YAKIN!
Peace. Meh kita bangun tahajjud.
– Ummu Hawa