adik
Assalamualaikum.
Saya ingin meminta pandangan terbaik dari pembaca semua. Saya daripada keluarga yang sederhana, baik dari segi ekonomi dan agama. Saya merupakan anak ke 4, 3 abg di atas, dan seorg adik lelaki. Bapa saya sgt baik orgnya tetapi tidak solat. 3 abg saya juga begitu dan adik lelaki saya on off. Tak mengapa, masih boleh diubah. Abg sulung sudah bekerja dan berkahwin, dan kurang ambil tahu ttg family, tapi alhamdulillah duit setiap bulan akan beri. abg ke 2 tidak mahu bekerja dan hisap ganja, abg ketiga juga hisap ganja. Saya, alhamdulillah, dpt sambung degree dan sudah bekerja tetap selama setahun setengah. Adik lelaki masih belajar, degree. Ayah saya tidak mampu tegur abg ke 2 &3 dgn alasan, mereka tidak mahu dgr cakap dan mereka bukannya buat jahat atau kerosakn, cuma malas bekerja dn hisap ganja sahaja. Dalam rumah saya, ibu saya sngt mengharapkan adik saya yg lelaki utk menjadi lelaki yg baik, pembimbing, pelindung dan sesungguhnya adik saya memang baik. Masih solat walau on off. Masalahnya skrg, saya dapat tahu adik saya tu gay. Dan pernah bercinta dgn lelaki sejak masuk u. Saya dpt tahu setelah rakannya msg saya. Saya menangis utk beberapa bulan setelah dia juga mengaku perbuatannya. Saya beri amaran padanya, jangan buat lagi, tapi seperti tidak jalan. Kerana dia tahu, saya x akan beritahu sesiapa. Akhirnya, saya beritahu kedua2 abg saya, no 2&3, dgn harapan mereka akn berubah dan cuba utk mengambil tanggungjawab kepada keluarga. Hanya tinggal harapan…menangis, tapi masih melakukan perkara yg sama. Abg yg sulung kurang ambil tahu dan sukar utk berbincang, tidak ambil serius apa yg adik2 katakan. Saya curi baca chat adik saya di fb, dan dia masih lagi bercinta dgn lelaki yg lain. Apa tindakan terbaik utk saya lakukan? Perlu ke saya beritahu ibu bapa saya? Saya x mampu lukakan lagi hati mereka. Doa, solat hajat, taubat, saya masih teruskan, tapi tidak cukup. Apa tindakan yg tebaik?
– kakak