Assalamulaikum, dan salam sejahtera.
Dear readers, Nama aku Dee (bukan nama sebenar). Bekas pelajar “undergraduate” universiti awam. Alhamdulillah, selepas sahaja tamat latihan industri aku ditawarkan bekerja di sebuah company selepas melalui beberapa temu duga dari berpuluh resume yang aku hantar. Melalui “phone call” pemilik company tersebut, aku ditawarkan kerja sebagai kerani akaun dengan tangga gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia. Dengan janji aku pada diri aku yang aku tidak akan memilih kerja, aku terima.
Aku tak pernah memperkenalkan diri aku sebagai pelajar lepasan mana – mana universiti semasa bekerja dengan staf – staf lain di company. Aku nak semua staf selesa berkawan dengan aku sebab aku sorang ja belajar sampai ijazah di situ, while yang lain lulusan spm dan stpm. Bagi aku, apalah sangat dengan educational background sedangkan yang lain pengalaman kerja sudah lebih 10 tahun. Ya, aku staf paling muda.
Aku di labelkan sebagai seorang yang cepat belajar oleh boss dan trainer yang datang dari luar. Pernah aku dipuji kerana mulut tidak pernah merungut dengan bebanan kerja. aku juga dikatakan seorang yang boleh “masuk’ dengan rakan sekerja.
hakikatnya, aku benci kerja disitu. bebanan kerja yang banyak sehingga aku kerap pulang malam. kakak tempat kerja aku selalu mintak tolong dengan aku. pada mulanya mintak tolong, namun semenjak ketiadaan boss, dia selalu mengarahkan aku buat kerja yang bukan job scope aku. boss pernah berpesan, “Dee, jangan tolong Kakak A sangat, nanti kerja kakak A siap, kerja Dee tak siap”. aku hanya mengiakan, semasa ketiadaan boss, Kakak A selalu mengarahkan aku membantu kerjanya sampai kerja aku sendiri pending.
“Kak A mintak maaf, Kak A kalau ada tools tu, Kak A boleh dah tolong Dee”
tidak perlu beralasan dan bermanis mulut. aku tak memharapkan Kakak A untuk tolong aku pun. cukup dengan tidak panggil aku arahkan aku tolong dia buat kerja semasa aku tengah buat kerja atau minta aku dahulukan tolong dia sebelum buat kerja aku. itu pun dah cukup. aku tidak mahu dikatakan sebagai seorang yang “berkira” kerja sampai tak sudi nak tolong orang lain. tapi ini dah sampai taham aku lalu depan mata dia ja, ada saja yang nak di arahkan, document kerja dia pun letak atas meja suruh aku simpankan? belum lagi dikira dengan perkara – perkara yang perlu aku perlu ambil tahu/jawab dengan orang atasan.
mulut masih ku ketap rapat tanpa merungut dan melawan, bibir masih mengukir senyum. tapi sampai bila aku mampu tahan?
akibatnya, kerja – kerja aku pending, sampai cuti pun kena datang ke tempat kerja siapkan kerja, rehat pun masih kerja. pulang lewat malam tu biasa walau aku tahu dekat sini, OT tidak dibayar. Aku semakin merasakan gaji yang diterima tidak setimpal dengan bebanan kerja yang aku perlu tanggung. Aku sampai terfikir nak bagi notis berhenti 24 jam. Tapi aku bukan anak orang senang, bukan senang nak cari kerja baru, aku tak boleh menganggur.
I hate my job, aku rasa stress. Hari – hari aku termenung, sedih dengan semua ni. menangis dalam hati. baru beberapa bulan, langkah aku ke tempat kerja terasa berat, aku stress, I hate my job. Ya Allah, kesabaran aku makin nipis, sampai bila semua ni akan berakhir?
– Dee
– Dee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit