ikhtilat oh ikhtilat – 7:30 PM

ikhtilat oh ikhtilat

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Thanks for approving my confession haha. Okay, saya bukan budak UIA , tapi page ni sangat sangat best berbanding confession page IPTA yg lain( termasuk U saya hehe). Seyes tak tipu, bnyk input yg saya dpt dari sini.

Okay, saya just nak cita pasal ikhtilat ni. Yes, being a teenager mmg rasa ingin disayangi & menyayangi ni ada ( ayat skema ,sorry). Lagi-lagi saya ni asal dari sekolah menengah semua ppuan dan mase asasi pun tak gaul byk dgn laki.

Sem pertama degree pun bermula dan suatu hari ni saya joinlah satu aktiviti kelab ni, masa tu mmg bergaul dgn lelaki (utk aktiviti je) tapi selain tu mmg tak. Mmg niat nak jaga iktilat.

Habis je kem tu, adalah seorang senior ni, PM kat saya. Ya Allah, tak tahu knpa niat menjaga ikhtilat tu pun dah takde. Ya Allah, berdosanya saya.
Kami pun msg gak tapi mostly dia yg mula dulu, kdg2 tu saya tak reply on time sbb dah terdetik dalam hati rasa dosa tu cuma entahlah cane nk ckp.

Masa tu rasa mcm best disygi (errk), tapi sedihnya solat lambat, baca alquran jarang, suka berangan-angan, study tak fokus dan suka study last minute(takleh fokus huhu).

Pernah sekali tu, ktorang jumpa(pertama dan terakhir) . Masa tu saya bgi je teros brg yg dia kirim, mmg tk pandang sbb rasa bersalah tu ada.

Dan tak sampai sebulan ktorang bermsg, saya ambik keputusan untuk remove dia dari wechat contact. Entah rasa berdosa tu muncul hari2 dan tak tenang sampailah saya stop contact dia. Alhamdulillah, tak sempat couple pun.
Alhamdulillah jugak, Allah hadirkan rasa bersalah dalam diri kalau tak mungkin dah couple kot. Terima kasih Ya Allah.

Mulai hari tu, saya bertaubat tak nak ulang lagi, jaga solat, jaga hubungan dgn Allah, byk baca buku ilmiah (Tarbiah Sentap).

Semenjak hari tu, alhamdulillah apa2 saya study senang lekat dan hidup tenang bukan mcm dulu.

Kepada remaja2 luar sana, jaga solat elok2, in shaa Allah diri kita akan dijauhkan dari perkara munkar.

Org couple ni, study susah nak fokus. Ambil masa dekat U ni utk kita skor, belajar ilmu Allah(tak kira kos ape).
Ingat parents, kesian kt depa bayaq yuran. Ingat tujuan kita datang ke Universiti.

– Miss S

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *