People change – 1:06 PM

People change

Terima kasih admin conffesion IIUM untuk post cerita ni.
Assalamualaikum gais.
Confession pertama. Frankly speaking, aku tak pandai nak form sentences untuk karang beautiful story. Please bear that with me. Confession kedua cerita hati aku.
So let me get started. Al kisahnya aku adalah student dari sebuah universiti di selatan tanah air yang berlatar belakangkan engineering. Ratio classmates aku adalah 4 boys : 1 girl. Aku adalah gadis yang mempunyai seorang teman gadis. Alhamdulillah aku dikurniakan kawan yang menjaga batas pergaulan, jaga aurat dan baik hati. U know bila classmates kau majority lelaki, dan itu menjadi satu cabaran paling besarrrr kau kena encounter hari2. Kau kena dress properly, duduk properly, behave properly sebab surrounding kau penuh dengan lelaki-lelaki berotak 3D-oriented imagination. Alhamdulillah kami memang bukan jenis kepoh sana sini. Memang kami jenis well-behaved la boleh dikatakan.
Before that, kawan aku dilabelkan sbg A
Ceritanya aku sangat amazed dengan A ni dari segi ikhtilat dia. Bila dah nama classmate, normal lah kan kalau sesama classmate nak gather pergi makan sama2 or celebrate birthday classmate. And dari sudut pandangan aku, aku tak rasa salah kalau nak keluar makan dengan classmates aku yg lain2. Aku rasa tu bende biasa as long as kita treat classmates as just classmates. Tapi di mata A, dia kata tak elok memandangkan kami bertiga je perempuan yang lain semua lelaki. Lambat laun aku dah boleh digest and terima her kind of opinions. So kami decided untuk seboleh bolehnya mengelak dan bagi seribu satu alasan untuk elak join dorang makan or jenjalan unless kalau ada projek, assignment or perkara yang melibatkan kaum adam.
As time goes by, si A tak tersengaja terjebak dengan cinta di alam universiti. Bercinta & berkapel obviously benda yang haram dan si A tahu benda tu. . And A sedia maklum aku tak suka kalau kawan aku kapel. Bagi aku memang aku tak suka bab bercinta dan berkapel sbb bagi aku berkapel adalah benda yang tak jelas lagipun aku taknak fikir pasal hubungan terlarang ni. Lantak la orang nk cakap aku kolot ke tak moden ke yang penting aku taknak kawan2 aku rosak.
Cerita si A, dia boleh dikatakan baru kenal sorang lelaki less than 2 months. At the very beginning of their love story, dia pernah cerita yang dia dah start ws hari hari dengan mamat tu, then dia rasa bersalah and tak sedap hati. Then aku cakap la kat dia yang dia better stop awal awal pra matang dalam perhubungan ni sebelum dia makin angau. Aku cakap kat dia jaga ikhtilat. Dia kata dia nekad dia nak tukar hp no and lose contact lelaki tu. Aku senyum gembira.
Aku ingatkan cerita cinta si A berhenti di situ tapi aku dikejutkan dengan cerita dari mulut dia sendiri yang dia dah start keluar berduaan dengan mamat tu. Terkejut and bernanah aku dengar cerita si A ni. Aku terus cakap “maju kau sekarang. Berani keluar berdua”. That was happened when I wasn’t around in college. Aku balik kampung seminggu time tu. Then aku start risau aku takut dia makin galak nak keluar dating dengan mamat tu.
Cerita kemuncaknya terjadi sebelum sem break baru2 ini. Minggu tu minggu study week. Minggu yang sangat serabut untuk pulun semua subjects. That fine evening came. Si A ajak aku untuk keluar petang untuk ambil angin luar, yelah dah satu hari terperuk dalam bilik menghadap lambakan buku buku. Memang otak kacau gila time tu. Aku apa lagi memang overly-excited humanbeing la nak release kan tension semua. Pukul 5 ptg, si A datang bilik aku. Dia cakap sorry, tak jadi keluar. Aku apa lagi melenting la “kau ajak aku keluar and then kau cancel last minute macam ni”. Aku try cooled down, takpe la maybe sebab esok dia ada paper. Then, fine aku accepted her excuse. Entah macam mana malam tu budak bilik sebelah aku datang dia terlepas cakap yang si A petang tadi keluar dengan mamat tu lagi. Kau boleh bayang tak perasaan aku? Kawan yang kau kenal seoanjang degree ni boleh tinggalkan kau dan pilih mamat yang dia baru kenal in less than 2 months??! Wth kawan macam ni. Almost 9 p.m aku perasan si A baru balik walhal esoknya ada paper. Sejak haritu aku dingin dengan dia. Aku akan cakap benda penting sahaja dan aku avoid bila jumpa dia.
Cerita ini tak berhenti disitu. Haritu last paper dan petang itu si A minta aku temankan ke ATM. Aku cakap after aku bangun kita pergi. Aku terjaga pukul 4 ptg aku terus ws tanya dia nak ke ATM tak. Then dia reply takpe, tak jadi. Once again aku dapat tahu dia keluar lagi dengan mamat tu dan balik at almost 10 p.m. Dia ibarat mencurah petrol dekat api yang hampir padam. Makin membuak buak perasaan marah aku kat dia. Lepastu memang aku cold gila dengan dia.
Aku memang kecil hati dengan kawan aku ni. Kau bayangkan dalam kelas tu ada 2 orang je perempuan and kami satu kolej, kau boleh imagine tak berapa banyak masa kitorang spend mengadap each other. Makan bersama. Pergi kelas bersama. Study bersama. Temankan each other kalau nak pergi somewhere. Senang cerita memang aku mengadap si A 24 hours la. Sekarang ini aku baru sedar reality sebenar. Wujud rupanya manusia so-called sahabat macam ni. Yang lebih pentingkan gf/bf over their friends.
Isunya korang rasa benda ni wajar tak atau aku yang kolot sangat?
Aku bakal menghadap si A for 2 years coming. Ish macam mana la aku nak tempuh hari hari yang mendatang. Ni nasib baik cuti sem. Aku reda siket. Aku harap dia berubah.

– Eva

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *