DI SAKITI OLEH DUA INSAN YG DI SAYANGI – 4:31 PM

DI SAKITI OLEH DUA INSAN YG DI SAYANGI

DI SAKITI OLEH DUA INSAN YG DISYANGI.. T_T

Akhir bulan 12 waktu aku hendak menduduki final exam, aku di uji oleh Allah. Ya mungkin cerita aku ini seperti orang lain.. tapi suka untuk di kongsikan disini untuk peringatan dan nasihat untuk sahabat-sahabat ku. Aku telah diikat oleh someone. AKu dan bks tunang telah kenal lebih kurang 6 tahun. Kami tidak belajar setempat malah berjauhan. Pada tahun lepas aku ada berkenalan dgn seorang kakak yg aku sgt percayai dan sayangi. Suka duka semua aku kongsi bersama dia termasuk hal peribadi aku. Aku syg n percaya pd akk tu sb di awal perkenalan aku merasa dia org yg aku boleh percaya dan faham akn diriku. Kakak tu dan bks tunang aku mmg kenal, kami pernah pgram bersama. Mereka selalu berhubung ats sb kerja. Ya , mereka org yg hebat di kenali ramai.

Ok lah di pendekkan cerita, sehari sebelum aku menduduki final exam semester lepas, aku mendapat mcg drpd tunang aku. Dia bertanya kpdku, “teruk ke dia syg perempuan lain? “ saat menerima mcg itu, perasaan aku hnya Allah yg tahu. Aku bertanya pd dia, “siapakah wanita itu? Dia menaip nama kakak yg aku rapat dan aku sudah aggap seperti kakak kandung sendiri.. air mataku berguguran. Bukan hanya itu sahaja, aku mendapat mcg drpd tunang itu, dia mengatakan dia ingin berkahwin dgn kakak tu dan membatalkan perjanjian untuk berkahwin dgn aku, Allahu.. bergenang air mata. Keesokkan hari merupakan hari untuk aku berjuang di medan peperiksaan. Hampir enam tahun aku menunggu dia, aku menolak lamaran lelaki lain.. bila dia sudah dpt peluang untuk berkahwin awal, dia ingin meninggalkan aku begitu sahaja..

Setiap kali aku menjawab soalan peperiksaan aku mujahadah untuk tidak mahu memikirkan.pernah juga air mata aku mengalir ketika jawab periksa.. aku tidak tahu kenapa mungkin aku terkejut dan berlaku pada hari perjuangan aku. Jujur aku cakap,aku tidak tahu bagaimana untuk hadapi 7 paper lagi. Yelah perempuan kan, emosi. Tambahan tempoh perkenalan kami sudah lama. Teringat aku waktu mula berkenalan dgn si dia, dia punya risau kalua aku tidak boleh menerima kekurangan dia dan keluarga. Dia sentiasa merendah diri. Dia pernah ckp, jgn tinggalkan dia.aku menerima dia, kerana dia berani dtg jumpa parents n family.. aku pun percaya dia mmg ikhlas n serius untuk memperisterikan aku. Tapi sekarang, bila dia hampir senang, dah nak habis belajar dapat peluang kawin awal dia ingin meninggalkan aku. Aku tidak tahu bagaimana ingin mengambarkan perasaan aku ketika itu.. exam aku hilang focus. Aku banyak buang masa dgn menangis dan berfikir. Aku tidak boleh terima jika dia berkahwin dgn kakak tu T_T. bila aku bertanya kenapa buat mcm ni, dia ckp dia terpaksa. Dia mmg perlukan kawin awl dan dia nampak peluang masa depan cerah berbanding dgn aku. Tambahan bila dia membandingkan gaji aku dan kakak tu bila sudah bekerja.. hatiku terus disakiti. Lelaki itu juga ckp sb akk tu matang. Tidak adil bg ku kerana, kami sebaya dan dgn akk tu jauh beza umur.

Bila aku cuba berhubung dgn kakak tu, bila aku bertanya, “akk kenapa buat sy mcm ni, akk nk ke terima dia lepas akk dh pernah tahu kesakitan sy selama ni.sy di sakiti oleh dia? Apa slh sy kak?..knp dulu akk x terima org lain yg cuba untuk dekati akk? Akk tu balas, “akk x minat” habis tu akk minat tunang sy? Tanya ku. Akk tu menjawab “ya” . Ya Allah ujian apakah ini.. aku merasakan dunia ini tidak adil. Aku terasa bodoh dan di pergunakan serta di permainkan. Aku bertanya lagi pada kakak tu, “akk, dulu akk cakap akk xde perasaan pd dia, akk kata nk jaga sy,nk bantu sy kawin awl dgn dia. sy harap akk lah org dpt bg sokongnan pd sy.” Akk tu hanya balas,itu dulu skrg lain.” Air mataku berguguran lagi.. aku juga turut bertanyakan kpd si dia, “kenapa dulu awk cakap lain, awk janji apa semua.. “ dia membalas, “itu dulu, dia sendiri tidak pernah pegang janji dia.” habis tu selama ni dia dtg jumpa keluarga semua tu sebab apa??.

Yang aku cukup terkilan, akk tu sudah membocorkan rahsia besarku kepada si dia. aku dulu menghormati akk tu kerana dia menjaga ikhtilat. Tp skrg dia kerap berhubung dgn lelaki itu. Kenapa kerana lelaki dia, mengkhianati kepercayaan aku? Knp dia share conversation antara aku dan dia kepada lelaki itu? Allahu Rabbi.. knp kerana lelaki sanggup putus ukhwah. Skrg akk tu sudah block aku. Hanya inginkan perkahwinan yg awal sanggup lakukan aku begini?. Ahli keluargaku tidak tahu sb kami putus tunang, sb aku ingin menjaga aib dia. aku hanya mampu bercakap kami tiada jodoh. Aku hanya mampu berdoa. Kerana aku percaya doa org terania Allah akn makbulkan. Aku risau sb final exam kali ni aku x study memang tawakkal sgt.. aku x sangka ujian begini aku hadapi. Melibatkan soal perasaan dan masa depan aku. Alhamdulillah result keluar dan aku x sangka pencapaian aku begitu baik pointer aku still 3 and above.

Buat sahabat-sahabat, tolong doakan agar diri ini lebih kuat untuk mujahadah meraih cinta Illahi.. dan doakan agar aku di temukan dan di jodohkan dgn insan yg benar2 menghargai dan memahami dan paling penting baik dari segi agama. sungguh kadang hati rasa sedih sb terasa di tikam oleh kedua insan yg kita sayangi dan sukar memaafkan mereka. Setiap malam bangun tahajjud minta Allah bukakan hatiku untuk memaafkan mereka. Adakalanya juga aku merasa sedih bila teringat kenangan dgn si dia ketika susah sng di awl perknalan.Bermacam-macam cara aku cuba buat dan mujahadah dgn diri sendiri untuk buang segala perasaan syg dan rindu pd dia. Rasa penat,setiap malam air mata mengalir teringat dosa.aku yakin ujian ini juga untuk hapuskan segala dosa-dosa aku. Ujian ni menjadikan aku seorang yg lebih matang,kuat dan mendekatkan aku kepada Allah. Aku lebih tenang. Terkadang hati ini seperti mengharapkan agar ini semua hanyalah mimpi. Tapi tidak, ini adalah reality T_T.

P/S: Buat kaum hawa, janganlah mudah mempercayai dan pegang pada kata dan janji manis lelaki.. walaupun mereka itu hebat di mata manusia jgn mudah kita percayai.. walaupun lelaki itu sudah berjumpa dgn parents belum tentu dia serius. Berdoa dan letaklah kepercayaan dan kebergantungan kita pd Allah.. pengharapan yg tinggi pd Tuhan pencipta kita. Janganlah kerana lelaki kita putus ukhwah dan jadi seorang yg mengkhianati sahabat kita sendiri. Jangan kerana cinta tergadai segala maruah diri kita sebagai seorang muslimah. Jangan juga cepat mempercayai org tengah, malah berhati-hatilah.

Buat kaum adam, janganlah sesekali kalian mempermainkan perasaan dan menyakiti hati perempuan, dan paling penting jgn menghina. kerana once kita buat org, ALLAH akn balas balik setiap perbuatan kita. Bukankah agama memuliakan kaum wanita dan menyuruh kaum adam untuk menjaga dan menghormati wanita? Bagaimana jika ibu atau adik beradik perempuan anda di perlakukan begini? Sama-sama kita muhasabah.

– Hamba Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *