Typical Malay yang menyusahkan – 4:37 PM

Typical Malay yang menyusahkan

Assalam, hai.
(Admin post la confession saya ni k T.T)

Aku takde nak cakap apa. Cuma sejak keberlakangan ni banyak post pasal hantaran kahwin. Ada yg kata mak bapak or pihak perempuan letak duit hantaran sampai 20k bagai semata nak uji pengorbanan si lelaki yg bakal kahwin dengan anak dia. Bila aku baca macam setuju tak setuju. Bila baca komen orang lain, barulah aku rasa statement tu tak boleh dipakai. Yelah. Ada ke nak uji pengorbanan lelaki dengan letak hantaran tibggi2. Macam menjual anak pun ada.

Bagi aku ah, bila Nabi dah tunjuk cara mudah baik kita ikut je apa yg Nabi suruh? Tak susah weh kahwin ikut apa yg diajar Rasulullah. Nikah tu yg wajib. Bukan kenduri kendara yg grand2 semata nk tutup mulut manusia yg suka mencaci maki mengumpat sebab kenduri biasa2. Yelah aku tahu, aku tak rasa kalau ada diumpat sebab kenduri dia biasa2, just buat doa selamat kt surau tu semua. Tapi, aku rasa buat sederhana je tak payah nak grand2 sgt kalau kau rasa tak mampu.

Bagi aku la, aku rasa membazir gila kalau nak buat kenduri grand2 sebab duit habis kat situ je. Ada yg kata perkahwinan sekali seumur hidup. Eh yeke? Haha whtever.

Lepastu ada yg kata kalau tak mampu tu puasa je. Weh? Ape seh bagi solusi macam tu semata kerana wang hantaran tinggi gila nak mati? Aku tahu tu antara cara untuk seseorang yg tak mampu berkahwin untuk menahan nafsu dia tapi ah kalau kau fikir balik, takkan disebabkan typical melayu ni yg suka letak hantaran tinggi2 semua laki yg tak berapa nak kaya dan berada ni kene puasa? Bapak aku bukannya anak orang senang tapi kahwin juga beliau dengan ibu aku? sebab apa? Sebab ibu aku tak letak pun hantaran yg tinggi2. Sebab tu bapak aku boleh nikah dengan ibu aku.

Selalunya aku dengar hantaran tinggi ni semua dari orang yg berada n terlalu memilih sebenarnya. Cerewet. Kalau si bakal menantu tak mampu bagi hantaran yg dia nak terus cop laki tu tak mampu sara anak dia. Tolonglahh acik2….

Then ada berpendapat muka lawa, educated, gigi rata n sebagainya layak letak hantaran tinggi tapi bagi aku tetap sama ah. Semua tu sebab terlalu memilih or cerewet. Habis tu muka tak lawa ni yg bergigi tak rata ni tak educated ni boleh la letak harga hantaran rendah? Ape lah seh

Semua berbalik pada diri sendiri. Kalau nak bandingkan pengorbanan mak bapak si perempuan membesarkan anak perempuan dia tu dengan wang hantaran yg si lelaki kena sediakan, sampai mati pasangan tu tak kahwin. Yelah, nilai pengorbanan ibu ayah besarkan anak perempuan dia tu memang tak akan terkira or tak ternilai. Lepastu kau nak bandingkan duit yg mak bapak tu lebur dlu2 masa nak besarkan perempuan tu dengan hantran kahwin anak dia? Rasa tk sekufu perbandingan tu.

Last sekali nak kata islam tu simple tapi jangan kita permudahkannya. Nabi ajar cara mudah so kita umat baginda just perlu ikut je. Typical malay selalu menyusahkan. Adat la ape la. Sampai ada yg sanggup gadaikan agama kerana adat. Brr sangat. K bai

– Sister chromatin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *