hantaran tinggi-tinggi , kerja rumah hampeh..!
assalamualaikum and thanks admin.
lately abg perasan hantaran jadi hot topic kat confession IIUM ni. Abg alumni IIUM and let me share my experience.
abg dah kahwin almost 5 years. kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan IIUM. Sama-sama suka, jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. wife abg ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin abg dengan isteri ? RM15K serba satu.
mak ai senak pancrease abg mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam abg kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang abg keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.
Abg anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai abg sulung, besar oi tanggungjawab abg. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.
malam abg tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.
hampir setahun lebih, abg dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia hanya orang yang dah kawin je faham. so kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. duduk rumah sendiri, yang abg beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife abg ni cuci kaki je masuk rumah. Abg taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. yelah baru-baru kawin kan.
bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri abg ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. semua bibik sediakan.Aduh..! bayar RM15k satu kerja pon tak tahu.
balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki, masak jangan cakap lah. Memang tak la kan.
Abg sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat.
abg balik kampung mengadu kat ibu, tapi abg yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife abg tu, so abg amik inisiatif untuk ajar isteri abg tu kerja-kerja rumah. abg dulu sekolah asrama penuh. so siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni.haha
first step, abg ajak sama-sama wife abg ni kemas rumah, ajak taw bukan suruh… so kat sini, wife abg tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri abg pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.
bab masak? setiap hujung minggu abg dan wife cuti. so kat sini abg ajak wife abg masak. dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Abg gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri abg ni boleh google jer ape yang dia nak masak. Mula-mula masak memang lah, hangus lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! kalah master chef. so kat sini, bukan alasan tak pandai masak. tapi rajin or tak.semua ada kat internet tu. google jer la.
kat sini abg nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.
lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, neneak korang. hello..! ni dah 2016 dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.
hargai lah isteri korang. mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang abg tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan.
next-time abg akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!
– Lukman Hakim