Assalamualaikum.
Dear pembaca setia IIUM confession.
Aku juga merupakan pembaca setia IIUM confession. Aku tengok dan nilai IIUM confession adalah tempat confession yang berkualiti setakat yang pernah aku baca. Banyak cerita cerita yang bersifat inspiring aku selalu dapat di sini. Tahniah IIUM confession. Tapi tujuan aku tulis ini bukan saja saja nak ucap tahniah haha. Seperti orang lain, aku juga punya kisah hidupku sendiri… Barangkali orang lain pernah mengalami pengalaman sepertiku namun dalam masa dan fasa yang berbeza. Ini aku tujukan buat anak-anak dan adik-adik yang rasa tiada harapan untuk berjaya kerana kemiskinan. Jangan putus asa dan kalah dengan ego masyarakat. Barangkali kritikan mereka membina. Barangkali sekadar untuk merendahkan kita sebab taraf harta kita tak seberapa berbanding mereka. Orang macam ni masih wujud. Sombong. Cuma masyarakat sekarang aku berharap terdidiklah untuk sentiasa rendah diri dan menghargai setiap golongan masyarakat.
Aku di antara golongan yang pernah tersisih dari segi harta. Pernah diketepikan kerana harta. Ditunjukkan sebagai anak kurang berada yang tak punya harapan untuk berjaya. Sering kena kritik. Namun aku tak putus asa untuk jadi manusia berguna. Setiap pagi aku bangun aku tengok kehidupan keluargaku, aku selalu menetapkan cita-cita untuk mengubah keadaan keluarga. Menangis? Tipu aku tak kata tak pernah menangis. Sepanjang membesar tak pernah tidur atas empukan katil. Aku lahir daripada keluarga yang sederhana. Bukan sederhana kaya tapi sederhana miskin sebab boleh beli beras lagi untuk bagi kenyang seisi rumah. Walaupun aku hidup miskin, bukan bererti orang orang miskin ini tak pernah punya harapan untuk kaya dan berjaya. Untuk mengubah tahap kemiskinan keluarga, aku perlu fikir apa yang aku perlu buat. Boleh kata aku ini anak harapan. Masa sekolah aku dah membuktikan aku boleh berjaya dengan telah meraih kejayaan akademik dan kokurikulum walaupun aku hidup miskin, belajar bawah lampu kuning tiap-tiap malam. Nak kata aku punya struggle sebab dalam hati dan kepala ada cita cita, aku sampai tak kisah kesihatan diri. Aku kena calazion pada mata tak berhenti sampai sekarang. Satu penyakit kelenjar mata terkumpul&membeku. Namun syukur ia tak membahayakan sangat.
Aku bersyukur juga semangatku tak pernah goyah masa sekolah. Berpanas berhujan semata mata nak gigihkan diri menuntut ilmu lebih daripada orang lain kerana aku tahu aku tak punya banyak sumber untuk mengulangkaji pelajaran. Orang lain masa itu dah ada komputer dan telefon canggih untuk mendapatkan maklumat. Sedangkan aku perlu berulang alik ke perpustakaan. Itu pun orang pertikaikan tindakan aku. Katanya ‘Setiap hari belajar siang malam pagi petang, tak dapat juga straight As’. Aku masa itu masih darjah 6 nak masuk tingkatan 1. Dengar sahaja ayat sinis itu, aku jadi down, rasa celaka dan kecewa. Bukan apa Tuan-Tuan, ia dipertuturkan di hadapan ibuku. Beliau hanya diam dan sedar diri masa itu miskin tak boleh nak kata apa. Nak melawan ‘orang kaya’,konon, pun akan sia-sia dah memang aku tak dapat straight A. Ibu dan bapa aku tak marah atau downgrade aku masa itu. Cuma masyarakat sekeliling yang melampau tahap tak jaga emosi kanak-kanak sepertiku ketika itu. Aku apa lagi, koyak dan aku pun menangis sepuas hati di dalam bilik. Teruk dan hampa.
Dengan Kuasa Allah, aku tidak tahu bagaimana, ada satu perasaan yang membangkitkan aku ketika itu. Barangkali juga ibu dan bapaku yang tak pernah putus beri semangat&harapan. Anak harapan siapa tak sayang. Aku teruskan belajar di sekolah biasa. Itu yang termampu aku pergi dengan keputusan 3A2B. Zaman itu keputusan seperti itu amat hina dan kurang pandai. Aku redha masuk kelas B di mana rakan rakan masa darjah 6 semua masuk kelas A. Masa di tingkatan satu Tuan-tuan, aku teruskan semangatku. Aku lemah Bahasa Inggeris aku belajar. Baca buku, pegi perpustakaan dan bertanya guru. Aku mula biasakan diri menonton filem dengan seni kata English. Seperti kebiasaan sekolah rendah aku belajar siang malam pagi petang. Belajar perlahan lahan. Alhamdulillah result cemerlang dengan dari awal semester sampai habis tingkatan 1 kedudukan no 1 aku pulun.
Apabila mendapati aku tidak layak duduk di kelas B sebab tak bagi peluang budak lain dapat tempat pertama, guru sekolah sepakat memindahkan aku ke kelas A. Dalam kelas itu, kalau nak ukur kepandaian dengan harta, akulah orang terakhir sekali di belakang. Kelas budak pandai dan anak orang kaya. Sekali lagi aku tak gentar. aku teruskan belajar sehingga aku mampu bersaing mengatasi rakan lain bangsa yang dikatakan memonopoli akademik sekolah ketika itu. Aku berada di Tiga teratas dalam tingkatan. Pada Tahun 200+ aku dianugerahkan sebagai Pelajar Harapan sekolah satu satunya! Siapa bangga? Aku tak bagi sesiapa bangga, aku bagi ibu bapa aku bangga. Setiap masa aku berazam untuk membuktikan kekurangan harta tak menghalang cita citaku.
Jika tanya aku tips, aku tiada tips gila-gila. Cukup aku kata, Allah berikan aku ujian kemiskinan kerana Dia mahu aku belajar menghargai harta dan ilmu. Aku turun sekolah tak naik kereta. Kadang naik motosikal second hand, kadang berjalan kaki. Aku tetap seronok kerana di dalam hatiku tetap ada cita-cita dan harapan. Hidup miskin bukan halangan. Adik-adik dan anak-anak yang aku cintai kerana Allah, jika ada di antara kalian yang pernah merempat dan susah, jangan pernah asingkan diri dengan dunia pendidikan. Carilah ilmu kerana ilmu tak perlukan wang. Wang yang terhasil kerana ilmu. Apabila aku melihat pendidikan diberikan dengan bayaran, aku sedih gila sebab pastinya ada golongan yang akan mengundur diri untuk mendapatkan pendidikan di sekolah. Dan aku lagi sedih bila jejak mereka tak dijumpai untuk diberi bantuan. Sedih gila.
Cerita aku banyak lagi sebenarnya. Kisah di mana aku berterusan mencapai zaman kegemilangan dalam pelajaran dan dugaan yang menghimpit diriku bukan sahaja wang malah keadaan keluargaku sendiri. Kisah adikku sendiri kena downgrade sebagai orang tiada harapan untuk ke mana. Itu sebab PMR punya result. Dan kisah di mana kepandaian aku sebenarnya telah dirobotkan dalam aku tak sedar. Begitu juga kisah aku mendapat Hidayah untuk mendekatkan diri pada Allah. Kepala tak matured, ilmu masih suam suam kuku. Apa saja yang aku fikir? Aku nak berjaya walaupun menulis dengan sebatang pensel sahaja. Tapi Hanya Allah Maha Tahu, sepanjang kesusahan ini, ia banyak memberi kesan pada emosiku dari sudut baik dan buruk. Aku tak cerita sudut baik. Nak kata kesan buruknya aku terkadang jadi sering buruk sangka pada orang sekeliling. Mana tidaknya ketika aku masih di usia kanak kanak sudah dikritik teruk, disisih dan diperlekehkan. Belum lagi aku cerita tentang buruknya perkataan masyarakat kita ini terhadap anak-anak. Aku pernah menerima ayat bodoh dan menghina sebegini : “Kau tu anak sindrom. Ayah kau anak angkat!”. Orang dewasa harus tahu berhati hati dan tidak semberono membodohkan akal sendiri. Sampai sekarang aku ingat dan bila melihat keadaan orang itu sudah hampir tua penghujung usia, aku maafkan kejahilannya dulu. Semoga Allah ampunkan dosa kami.
Walaupun sudah bertahun tahun kisah itu berlalu, ia tetap membekas. Aku belajar menghargai. Bila aku lihat orang susah, aku jadi sensitif untuk membantu baik dari segi harta dan ilmu. Aku nak mereka kenal Tuhan juga kerna aku lihat anak anak yang tak kenal Tuhan, ditambah lagi dengan hidup susah ,mereka terpesong jalan. Sesat dan tertekan. Aku belajar juga untuk kental dan memaafkan keburukan yang diperlakukan baik ke atasku, keluargaku dan orang yang senasib denganku. Aku hidup untuk membantu.
Yang berlalu biarkan berlalu meskipun membekas. Aku kini bakal menjadi Educator untuk anak didik tak kira peringkat. Aku nak mereka berjaya dan menghargai diri sendiri dan orang lain. Dan azam untuk menyelamatkan keluargaku daripada belenggu kemiskinan&kejahilan tetap membara! InsyaAllah.
-Shinichi Kudo Muslim-
– Shinichi Kudo Muslim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit