hantaran vs kehidupan selepas berkahwin
Dah lama tak menaip kat sini. Tiba2 terpanggil pula memandangkan byk isu-isu panas mengenai hantaran ni.
Yg mane mampu sediakan hantaran tinggi,tahniah lah akak ucapkan.
Yg masih dalam proses, jgn putus asa. In shaa Allah, Allah permudahkan.
Ntah la.. pengalaman akak yg lepas, akak pernah nak letak hantaran 20k sbb akak anak perempuan sorg, belajar tinggi, xde hutang ptptn (sbb dpt sponsorship), kete dh ade sblm kahwin, rumah dh ade, lepas grad mmg dh ade keje tunggu, masak pun boleh alhamdulillah. Tambah2, bakal suami time tu kerja oil & gas. Gaji dlm us dollar. Apedehall? Ape lah sangat kalau 20k.Dengan pengorbanan selepas kahwin isteri kena tinggal berbulan sbb dia kje kt laut. So berbaloi lah org ckp.
But then….akak kenal bakal suami akak since jatuh bgun penat lelah dia dr study sampai bekerja. Bukan senang..pastu nak ade rumah & kereta, bukan petik jari cmtu je mcm kita tgok dlm drama tv3. Konon sblm kahwin suami perlu sediakan semua tu. Ya,kalau dh mmg ade rezeki lebih, go on. Tapi,percayalah cakap akak.Bukan senang..
At last, hantaran akak 10k je..
Kau tahu ape pengajaran paling besar dari semua ni? Kehidupan lepas kahwin SANGAT SANGAT SANGAT menggunakan byk duit. Bila kau kenang balik time kahwin pakai duit byk (wedding planner,baju desingner,etc) kau akan rasa menyesal.
Kawan baik akak penah ckp. Lepas kahwin, kau igtlah ayat ni. "Money can't buy happiness but money can bring happiness." So, fikir lah.. Kalau korg mampu,go on. Xde masalah. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Dan jangan 'ketuk' bakal suami dgn harga tinggi2. Sbb lepas kahwin, lagi nak pakai byk duit.
Penutup, semoga perkahwinan korg sentiasa dirahmati & diberkati Allah swt. Ameen.
– orked