Salam admin, terima kasih kalau sudi siarkan coretan ni.
Saya berumur 31, dah kahwin, tapi belum ada anak.
Saya kekonon family planning la ni sebabnya, belum ready nak ada anak.
Tapi tak bermaksud saya takda keinginan langsung nak ada anak. Tapi bila fikir berkali2 secara rasionalnya utk diri saya (bukan untuk keperluan masyarakat), memang ada sebab kenapa saya belum ada anak.
So sini saya nak berbual tentang saya dan sorang sahabat baik saya sewaktu di universiti dulu.
Tentang saya, saya ni jenis introvert, saya kurang kawan, tapi kawan2 saya yang sikit tu lah yang the best.
Sahabat saya ni, kita gelarkan dia P, pula seorang yang ceria, suka buat kelakar, dan kami bila bertembung, boleh macam telepati. Tak keluar ayat apa pun lagi, dah ketawa sesama sendiri. Ada juga yang gelar kami kembar (walaupun tak sama tahun lahir) tapi pada saya, dia manusia yang paling masuk dengan saya. Dan saya sayang gila si P ni.
Dah lepas habis belajar, kami dah jarang sangat2 jumpa sebab kerja, saya pulak tak pakai kereta so saya mostly bergerak dengan public transport je, train dan bus. Uber belum sampai malaysia lagi masa tu. So perhubungan kami melalui facebook la pulak. Aku like status kau, kau like post aku, lepastu berbalas komen. Pastu like komen masing2.
Sampai la rezeki P ni kahwin. Saya tumpang gembira P dah kahwin, so kami momenkan dalam pic smartphone samsung S3 saya masa itu dan post dekat instagram & linkkan dekat facebook. So tiap kali facebook buat throwback sampai tarikh tu je mesti pic kahwin P ni ada, dan saya selalunya akan repost sebab pic tu cantik dan sangat bermakna. Dan rezeki P juga pregnant cepat. Wah wah wah murah rezeki kau P hahaha. P ni sebelum kahwin dia resign sebab dah tamat kontrak dengan company tu. So bila P ni lepas kahwin dah pregnant dan dalam persediaan nak menyambut kelahiran babynya, dia tak kerja makan gaji lagi, so dia buat la bisnes kecil2 jual karipap, jual samosa, jual popiah, ada few things la.
Sampai anak P berumur hampir 1 tahun begitu, sampai turn saya pula kahwin. P dan kawan2 lain pakat la nak datang kenduri saya nun di utara & saya sangat terharu diorang semua datang, P pun ada sekali dengan suami dan anak dia.
So ceritanya bermula sini. Waktu lepas kahwin, saya pun macam P juga, tak kerja, bezanya saya tak serajin P untuk bisnes sambilan. So kerja saya tiap hari bangun tidur, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, masak. Weekend pula balik rumah mertua (jarang dah balik rumah mak sendiri & sob sob jugak la haha). Memang jadi suri rumah la.
Tapi kejap je la saya jadi suri rumah ni, dalam 2 bulan lepas tu, saya dapat kerja lain.
Saya jenis waktu lapang, suka online tengok facebook, kadang2 switch ke instagram. Twitter occasionally. So biasanya online nampak je la P post promo jualan dia, saya like. P post gelagat anak dia, like jugak. Memang saya suka like post orang. Post yang best2 dan tak negative saya layan la.
Saya kadang kala post jugak la, tapi saya suka cari artikel berilmiah utk baca, macam dari page The Patriots, Root of Science, at times layan jugak fiksyen shasha, 9Gag takpun Buzzfeed dari macam2 negara untuk keluar dari realiti sikit. IIUM confessions kadang2 je.
Tapi above all, saya suka layan troll posts sebab kelakar.
Saya pernah la share beberapa post berkaitan babies, bukan post pasal tips buat baby atau penjagaan baby, tapi more to trolls la. Ada satu post ni macam satirical je (bukan malaysian yg buat la, mat salleh punya, boleh search The Oatmeal), dia buat perbandingan jaga baby dan jaga pets. Pada saya post tu kelakar and for fun je (untuk saya yg jenis tak fancy baby sangat mungkin) tapi tiap kali saya share benda2 bergenre itu, P mesti macam sentap semacam. Dia biasanya terus komen (no likes), kadang kala komen dia tu macam karangan berjela. Ayat dia mesti macam relate diri dia dengan anak dia. Tak larat saya nak baca. Dahlah komen dia yg panjang tu sound serious, tak kelakar langsung. Saya macam dah potong mood la sikit sebab baru nak terhibur & share hiburan tu dah ada orang sentap pulak.
Biasanya yang saya perasan P ni jadi sentap, bila saya share satirical posts berkaitan anak.
Kadang kala ada jugak la post lukisan Vulnipeninja. Saya suka layan posts dia ni sebab dia berbaur satirical jugak la, tapi lebih kepada malaysian culture. Saya memang jenis suka post sarcasam la kot walaupun saya sendiri tak berapa pandai nak sarkastik in real life.
So at times ada la Vulnipeninja share lukisan berdialog pasal sikap sentap masyarakat kita bila tengok orang tak kahwin takda anak macam tak bahagia, then ada satu portion tu dia lukis perempuan yang sama tu anak keliling pinggang suami tak layan. Saya share la benda ni sebab rasa nampak macam ada bitter truth behind this. And guess what, P ni komen sentap lagi. Saya jadi macam, WTFFF kau ni apesal semua nak sentap.
Kadang kala post tak berkaitan anak tapi trolls kebodohan masyarakat malaysia pun kadang kala dia komen jugak. Kira jarang la dia nak komen macam sama pendapat dengan saya. More to opposing opinions, dan cara dia komen tu macam menghentam, umpama saya yang buat sendiri post tu. Padahal share post dari page lain je pun. Sekadar berkongsi je.
Luckily tak semua posts la dia buat perangai sentap tu. Kalau share artikel2 berilmiah dia tak sentap. Hehehe
Saya pun tak mengharap likes sangat pun sebab saya pun bukan artis atau public figure. Saya pun jenis suka travel overseas, dan saya suka post juga beberapa pics yang saya suka since pun saya into phonography walaupun amatur je.
So ada this one fine day, saya terbaca P buat dedication post tentang anak dia. Terharu juga la baca, sampai ke satu poin dia macam tulis “tipu la mak tak cemburu tengok kawan2 mak ada duit sendiri, pergi melancong jauh, tapi untuk anak mak, mak berkorban”. Seriously saya rasa kesian pulak baca tulisan dia macam ni. Moga2 dah dewasa anak dia nanti bawa la P ni travel pulak.
So sejak dari itu, saya rasa macam tak kenal P lagi. Bukan apa, sebab sifatnya yang mudah sentap tu kebelakangan ni. Taktahu la dia sentap sebab saya suka post pasal satirical comics tu buat dia rasa orang ada anak ni worthless ke apa ke. Bukan tu maksud saya. Saya cuma share for fun je. Lagipun facebook je.
Saya ada jugak la beberapa kawan yg ada anak jugak, tapi biasa je, diorang takda nak sentap sangat macam si P ni.
Saya cuba jugak la fikir apa yang menyebabkan P jadi cepat sentap ni. Saya fikir could be sebab dia terlalu banyak duduk rumah. Terus terang saya ceritakan waktu saya jadi suri rumah, saya rasa anxious sebab terlalu lama duduk rumah dan tak keluar sangat, tak jumpa orang, so lagi lama spend time online. Tapi tak semestinya situasi ni boleh digunapakai untuk P. So, P je la yang tahu diri dia sendiri.
So readers sekalian, maaflah kalau cerita saya ni panjang atau melalut sangat, tapi saya jadi macam dah tak comfortable nak post macam2 lagi, sebabnya takut kawan saya tu sentap. Kelakar kan facebook sendiri patutnya boleh buat la apa yang nak buat, tapi sudahnya jadi macam kena jaga hati orang je. Adakah salah saya sebab saya share posts ni? Atau adakah masalah dia kalau nak terasa posts tu macam provoking atau against dia dan anak dia? Kalau nak cepat sentap, baik tak payah ada social media la senang. Haha itu je la coretan saya. Terima kasih kerana membaca. Segala jenis komen amat dialu2kan.
– Yang tak sentap sangat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit